Dihukum Gantung Bersalah Edar Syabu, Ibu Tunggal 9 Anak Meraung Keluar Mahkamah Skip to main content

Dihukum Gantung Bersalah Edar Syabu, Ibu Tunggal 9 Anak Meraung Keluar Mahkamah

Tak semua orang dikurniakan dengan kehidupan yang sempurna serta pekerjaan cukup baik. Kadang-kadang kesempitan yang dilalui memaksa diri mengambil jalan singkat untuk menyara keluarga meskipun ia salah di sisi undang-undang. Namun situasi itulah yang terjadi kepada seorang wanita ini.

Ibu tunggal 9 anak dijatuhkan hukuman gantung…Didapati bersalah edar dan miliki syabu 

Menerusi portal Astro Awani, seorang ibu tunggal yang mempunyai 9 orang anak telah pun dijatuhkan hukuman gantung selepas didapati bersalah memiliki serta mengedar bahan terlarang jenis syabu seberat 113.9 gram. Hukuman tersebut telah pun diputuskan di Mahkamah Tinggi Tawau kerana pembelaan gagal timbulkan keraguan munasabah.

Penjual ikan tersebut terus longlai berjalan keluar sambil meraung tak dapat terima keputusan 

Dalam pada itu, beberapa rakaman sewaktu ibu tunggal tersebut melangkah keluar dari mahkamah tular di TikTok. Wanita yang juga seorang penjual ikan berkenaan dilihat longlai serta cukup sebak sambil meraung kerana tidak dapat menerima keputusan itu. Anggota polis yang mengiringinya turut dilihat membantu untuk tenangkannya.

@biskutpahit1111

Kesian nya. igt lah semua jika kita tidak berduit kita bukan lah sesiapa.😞 #fypシ #fyp

♬ Seribu Kemanisan - Siti Nurhaliza

Bila tengok mak cik ni, seolah-olah ada sesuatu rahsia dalam hatinya…Mungkin dia buat untuk anak-anak 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sedih melihat perkongsian video berkenaan. Walau bagaimanapun, ramai juga yang berharap perkara tersebut dapat dijadikan iktibar oleh semua orang.



Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari