Baru-baru ini kecoh dengan kejadian gangguan tidak senonoh yang menimpa seorang gadis sewaktu bekerja di sebuah kedai menjual peralatan vape. Insiden tersebut berjaya dirakam oleh kamera CCTV premis terbabit dan menunjukkan seorang pelanggan dipercayai pegawai aaskar telah pun menjilat tangan pekerja berkenaan.
Dah berjaya ditahan pihak berkuasa…Tapi ada yang tuduh kata gadis tu rela saja dijilat
Menerusi portal Harian Metro semalam, anggota tentera yang mencabul gadis berkenaan telah pun ditahan di sebuah rumah di Titiwangsa, Kuala Lumpur. Pemuda yang berusia 26 tahun tersebut akan direman sehingga 10 Oktober hadapan bagi membantu siasatan. Namun menyedihkan, ada juga sesetengah orang yang malah menuduh gadis berkenaan ‘merelakan’ kelakuan tersebut akibat tidak melawan atau tarik tangan sama sekali.
Jangan setakat cakap je kalau aku, kalau aku…Nak rasa sangat kan, aku doa hampa merasalah nanti
Akan tetapi, dia sama sekali menafikan dakwaan berkenaan. Jelasnya, kejadian berkenaan sungguh menjijikkan baginya dan sudah sedaya upaya cuba meminta pertolongan daripada abangnya. Malah jelas menerusi rakaman CCTV, gadis tersebut kelihatan menangis selepas peristiwa hitam itu.
@cajaanee Nak baca pause okey👌🏼 be safe everyone stop sexual harasement! Spread this video #fyp #foryoupage #masukberanda #fypシ゚viral #viral2021 #xyzbca
♬ hero edited - Fish_vd
Kesian kau dik, trauma bukan boleh buat main…Yang netizen tahu nak kecam & fitnah je
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sedih melihat fitnah yang menimpa gadis berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga yang menasihati untuk tidak melemparkan dakwaan tidak benar ke atasnya.
Comments
Post a Comment