“Happy birthday cik tunang” - Adam Lee dan Sweet Qismina bertunang, ramai terkejut tiba-tiba upload gambar atas pelamin
Hampir dua tahun melayari alam percintaan, nampaknya pasangan pelakon, Adam Lee dan juga Sweet Qismina telah mengambil langkah seterusnya menuju ke gerbang perkahwinan.
Tiada angin tiada ribut, pasangan ini dilihat berkongsi momen bahagia apabila melangsungkan majlis pertunangan pada hari ini.
Menerusi Instagram Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, dia telah memuat naik beberapa keping gambar berpakaian berona biru muda sedondon dengan tunangnya, Adam Lee atau nama sebenar Muhammad Arif Adam bin Mohamed Fadlee.
Dia juga dilihat mencoretkan ucapan terima kasih buat kekasih hatinya dengan menghargai segala usaha untuk membawa hubungan mereka ke satu fasa yang lebih serius.
Adam Lee juga turut mengucapkan happy birthday buat aktres tersebut memandangkan 24 Oktober merupakan hari lahir Sweet Qismina.
Sehubungan dengan khabar gembira itu, ruangan komen di Instagram mereka telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti serta kenalan rapat.
Mereka juga mendoakan agar segala urusan Adam Lee dan Sweet Qismina menuju hari pernikahan berjalan dengan lancar.
Comments
Post a Comment