Ibu Keliru Muka Anak Kembar Terlalu Sama 99%, Sampai Salah Rekod Buku Kesihatan Skip to main content

Ibu Keliru Muka Anak Kembar Terlalu Sama 99%, Sampai Salah Rekod Buku Kesihatan

Mempunyai anak kembar pastinya menjadi impian ramai pasangan suami isteri di luar sana. Ada juga yang berseloroh melahirkan lebih dari seorang anak sekali gus ibarat ‘jimat masa’ membesarkan kerana semuanya dibuat serentak seperti pemeriksaan di klinik, saling berkongsi baju ataupun pendaftaran sekolah nanti. Comel, namun ternyata ia bukanlah satu fasa mudah kerana cabarannya lebih besar

Budak kembar comel viral…Wajah terlalu sama dan susah dibezakan 

Termasuklah dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu ini, dia viral setelah berkongsikan tentang sepasang anak perempuan kembar comel. Paling menarik perhatian, kedua-dua si kecil itu memiliki wajah yang teramatlah sama ibarat 99% baik dari bentuk mata, senyuman, jenis rambut, ketinggian serta warna kulit.

@twinsmikayla

Sebelum budak 2 ketul ni rajin selongkar peti ais bawak keluar ikan cili bawang apa semuaaa laaaa 🥴🥴 #fyp #baby #twins

♬ Seaside_demo by SEB - SEB

@twinsmikayla

Reply to @zhnyshhrdn dah tau kan mana Amaliya mana Amanda 😂.. #fyp #twins

♬ original sound - Twins Mikayla

Pernah tertukar….Kena timbang balik tak tahu mana kakak mana adik 

Bahkan wanita tersebut mengakui pernah beberapa kali menghadapi kesukaran untuk mengenali zuriat sendiri. Namun di suatu ketika, kaki si kakak mula ditumbuhi kesan merah membuatkan mereka senang untuk dibezakan. Namun seiring masa, tanda berkenaan tidak bertahan lama sebelum menghilang.

@twinsmikayla

Reply to @elanamaisarah tanda merah kaki kakak #fyp

♬ suara asli - Yani Handayani

Allah bantu supaya saya tak keliru…Sekarang dah pro 

Antara insiden lucu lain yang dihadapi ibu ini adalah tertukar rekod buku kesihatan si kembar. Namun lama kelamaan, dia bersyukur kerana mampu untuk cam mana satukah adik atau kakak daripada suara mereka sahaja. Kini anaknya sudah menginjak usia 2 tahun 7 bulan.


Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru