Dalam kehidupan berumah tangga, kehadiran orang ketiga adalah merupakan satu ancaman terbesar. Meskipun mungkin perkahwinan dibina sudah bertahun-tahun lamanya, namun ia boleh runtuh sekelip mata angkara individu berkenaan yang datang tanpa diduga.
Suami kantoi dating dengan perempuan lain…Bawa datang adik lelaki terjah sekali
Menerusi satu perkongsian video yang sempat tular di TikTok, luluh hati seorang isteri ini apabila suaminya telah pun ‘kantoi’ keluar dating bersama perempuan lain. Wanita berkenaan bersama adik lelakinya datang menerjah pasangan tersebut di sebuah kedai menjual prabayar telefon
Waktu suami tengah tenangkan isteri…Si adik terus layangkan tendangan dekat orang ketiga
Si suami yang perasan akan kehadiran mereka terus bergegas menenangkan isterinya di luar kawasan kedai. Tiba-tiba sahaja, perempuan yang juga orang ketiga tersebut cuba mengambil kesempatan berkenaan untuk melarikan diri. Walau bagaimanapun, tiba-tiba adik kepada isteri sah berkenaan dari jauh melayangkan tendangannya sebelum akhirnya rebah di hadapan orang ramai.
@bg_saragih2612 jurus rey misterio lah terjangan itu#pelakor #fypシ #viral #viralvideo
♬ suara asli - bg boy saragih
Memang puas tengok orang kena balasan…Suaminya tu harap kena hentam jugak sekali
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati kepada si isteri selepas terpaksa melihat perbuatan suaminya. Dalam pada itu, mereka juga mengakui puas apabila melihat orang ketiga tersebut tersungkur terima balasan.
Comments
Post a Comment