“Kenalkan anak ke-2, Haider Mateen..” – Elly Mazlein selamat bersalin Skip to main content

“Kenalkan anak ke-2, Haider Mateen..” – Elly Mazlein selamat bersalin

Penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada jam 12.23  pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi di laman Instagram dengan memuat naik sekeping foto memaparkan suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh bersama bayi berkenaan.

Menurut Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia dan anak keduanya itu berada dalam keadaan baik dan sihat selain bersyukur urusan bersalin dipermudahkan Allah SWT.

“Alhamdulillah mama & bayi sihat. Terima kasih segala doa. Terima kasih suami & manja (anak pertama) jaga mama sepanjang mengandung hingga bersalin..

“Alhamdulillah kita ada orang baru. Bertambah seorang lagi dalam keluarga comel kita. Alhamdulillah syukur Ya Allah,” tulis selebriti berusia 40 tahun itu.

Malah, penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu turut memperkenalkan nama pilihan untuk zuriat mereka iaitu Haider Mateen.

Rata-rata rakan artis dan pengikutnya mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata itu selain mendoakan agar Haider membesar dengan baik serta menjadi anak soleh kepada kedua ibu bapa.

Tahniah! Alhamdulillah syukur

Selamat berpantang…

Haider adalah anak pertama penyanyi itu bersama Azlan yang mendirikan rumah tangga di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Januari tahun lalu.

Elly juga pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014 namun bercerai setahun selepas itu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru