lsteri Comel dan Cantik Sanggup Urus Suami yg Strok, Tapi Ada Sesuatu yg Netizen Perasan Skip to main content

lsteri Comel dan Cantik Sanggup Urus Suami yg Strok, Tapi Ada Sesuatu yg Netizen Perasan

“Saya percaya Allah tidak akan menguji di luar kemampuan hamba-Nya dan saya cuba kuat kerana tahu ramai lagi di luar sana yang lebih dahsyat ujiannya,” kata ibu dua anak, Syazwani Adnan.

Syazwani, 27, dari Taman Rambai, di sini, memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi pengalamannya menjaga suami, Shahrul Liza, 28, yang mengalami str0k sebelah kanan badan dan kini tidak dapat bertutur.

Kisah Syazwani tular di laman sosial selepas memuat naik video di TikTok mengenai rutinnya menguruskan suami.

Dan kesungguhan serta kesetiaannya terhadap Shahrul turut mendapat pujian netizen.

Bercerita lanjut, Syazwani berkata, dia dan Shahrul sudah berumah tangga sejak lima tahun lalu dengan sebelum ini, suaminya itu yang menjadi tulang belakang keluarga.

Bagaimanapun, segala-galanya berubah selepas Shahrul diserang str0k selepas terjatuh di tandas pejabat pada 3 Ogos lalu menyebabkan Syazwani perlu mengambil alih tugas menguruskan keluarga.

“Suami saya tidak mengalami simptom kerana pagi sebelum kejadian, dia sempat bersarapan dan menghadiri mesyuarat bersama abah (Adnan Sahat, 53).

“Bagaimanapun, saya dikejutkan dengan panggilan memaklumkan suami terjatuh di tandas dan pengsan.

“Ingatkan tiada yang serius namun doktor beritahu ada pendarahan pada otak dan ia salah satu punca suami diserang str0k.

Selain keletihan akibat terlalu lama menghadap komputer serta bermain permainan video,” katanya ketika dihubungi HM.

Syazwani berkata, suaminya ditahan selama sembilan hari di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah pada 12 Ogos lalu.

Biarpun sedih, Syazwani cuba sembunyikan perasaannya itu malah menyambut kepulangan Shahrul ke rumah dengan tenang seolah-olah suaminya itu tidak sakit.

“Setitik air mata saya pun tidak tumpah ketika suami pulang ke rumah kerana mahu dia (suami) nampak saya kuat di hadapannya

“Saya anggap dia seperti tidak sakit dan layan seperti biasa walaupun hakikatnya sedih melihat keadaannya.

“Ikutkan, saya tiada pengalaman menjaga orang sakit tetapi cuba uruskan suami termasuk suapkan makan, mandikan dan bersihkan najisnya.

“Emak (Elouny Mahany Abd Aziz, 47) saya tinggal sebulan di rumah kami pada awalnya jadi dia yang banyak membantu menjaga anak sementara saya menguruskan suami,” katanya.

Video dibawah:

Berkongsi keadaan Shahrul, Syazwani berkata, pada awalnya suaminya itu hanya terlantar di katil, malah minum menggunakan saluran tiub selain makan bubur saja.

Menurut Syazwani, keadaan bertambah baik pada bulan lalu apabila suaminya boleh duduk di kerusi roda dan makan serta minum seperti biasa.

Benda lain yang netizen perasan? Rata rata netizen puji isteri yang setia menjaga suami dan ad juga yang puji isterinya cantik.

bertuah dapat bini comel dan sanggup jaga suami..susah nak dapat bidadari mcm nie…seperti isteri saya sama sama menjaga saat ujian allah.s.w.t.


“Kini, dia sudah boleh masuk sendiri ke dalam kereta dan ikut saya bersiar ambil angin atau pergi ke kedai.

“Buat masa ini, dia masih tidak boleh bercakap namun saya ada ajarnya mengeja dan menaip di telefon bimbit dan papan tulis sebagai isyarat jika mahukan sesuatu.

“Kiranya, saya perlu latih dan menguruskannya seperti budak kecil dan ia memang memerlukan kesabaran tinggi.

Syukur anak faham keadaan suami walaupun mereka masih kecil malah keluarga abah banyak membantu kerana ketika sihat dulu, suami bekerja dengannya (abah),” katanya

Berhubung perkongsiannya di TikTok yang tular, Syazwani mengakui terkejut dan menganggap ia di luar jangkaannya.

“Saya sebenarnya lebih banyak kongsikan rutin dengan suami di Instagram (IG) cuma baru-baru tergerak hati untuk muat naik video di TikTok kerana seronok tengok pasangan lain lakukannya.

“Tak sangka video itu meraih tontonan tinggi malah ada juga pengikut berkongsi rasa sebak mereka kerana turut lalui pengalaman sama iaitu menjaga suami yang sakit.

“Apa pun, saya akan terus menjaganya selagi terdaya dan berharap dia sihat semula kerana menurut doktor, suami kemungkinan boleh sembuh dalam tempoh setahun,”

Katanya yang masih perlu membawa suaminya melakukan pemeriksaan, rawatan dan terapi susulan di hospital.

Sumber : HM / Senatronmalaya

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari