Terdahulu di laman TikTok, satu rakaman ini pernah tular apabila menceritakan tentang kebaikan seorang majikan terhadap pekerjanya biarpun berbeza bangsa. Dalam video berkenaan, gadis yang bernama Ezatiey menceritakan bosnya sering sahaja bantu cover kerjanya jika dia ingin menunaikan solat.
Banyak kali tanya pasal solat dan Islam…Apa yang jadi semua dengan izin Allah
Malah bukan itu sahaja, bos yang dipanggil Mr Yee itu sering bertanyakannya hal-hal berkaitan agama Islam dan kelihatan sungguh berminat. Setelah itu, pemuda yang berbangsa Cina itu telah pun memilih untuk bergelar seorang saudara baru pada dengan menggunakan nama Aariz Yee
@ezatiiiiey Apa yang jadi semua dengan izin Allah. Allhamdulillah 🤲🏻✨ #fypシ #fyp #fypdongggggggg #esekeli
♬ Beauty And A Beat Perfect Slowed - Kyrize
@ezatiiiiey Lepastu i cakap “boleh, tapi lebih baik baca full doa ya” ✨
♬ original sound - Ezatiey Shah 🌼
Dah selamat langsungkan acara pertunangan secara kecil-kecilan…Ibu Mr Yee turut sempat sarungkan cincin
Terbaru semalam, siapa sangka majikan dan juga pekerja itu rupa-rupanya berjodoh. Pasangan tersebut telah pun selamat melangsungkan acara pertunangan secara kecil-kecilan dan turut dihadiri keluarga dua belah pihak. Meskipun berbeza bangsa dan juga agama, ibu kepada Mr Yee dilihat sempat menyarungkan cincin tunang pada jari Ezatiey.
@ezatiiiiey Bismillah 🥰 One Step Closer ❤️💍 Officially fiance to Mr Aariz Yee @aarizyee_ #fypシ #fyp #esekeli #engagement #boss
♬ A Thousand Years (feat. Steve Kazee) [Pt. 2] [The Twilight Saga: Breaking Dawn Soundtrack] - Christina Perri
Alhamdulillah, akhirnya penantian kami semua terjadi…Tak sabar pulak nak tengok korang nikah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan update terbaru pasangan berkenaan. Malah ramai yang tidak ketinggalan tinggalkan ucapan tahniah buat mereka berdua.
Comments
Post a Comment