Seremban: “Walaupun sudah lima bulan insiden itu berlaku, namun kakak masih dalam keadaan terbaring koma dan tidak boleh bergerak hingga kini,” ujar Fauziah Nordin, adik kepada Jahidah Nordin, 43, yang parah disyaki dipukul suaminya pada 4 Mei lalu.
Fauziah, 40, berkata, tiada perubahan positif berlaku pada anggota tubuh adiknya yang turut dipantau kakitangan hospital dan klinik kesihatan.
Menurutnya, anggota badan Jahidah seolah-olah seperti robot (mengeras) dan tiada apa-apa pergerakan dapat dilakukan.
“Dia juga masih belum boleh mengeluarkan suara sekali gus tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain
“Keadaan kedua-dua matanya juga seperti orang juIing. Memang sedih melihat keadaannya. Namun kami sedikit lega apabila jururwat memberitahu keadaan anak sedang dikandung Jahidah dalam keadaan baik dan kini sudah memasuki tujuh bulan,” katanya tadi.
Dia yang menetap di Bandar Sri Sendayan di sini, akui bimbang kerana Jahidah akan meIahirkan anak dalam tempoh kira-kira dua bulan lagi
“Memang rasa bimbang kerana dia masih beIum sedar sedangkan tempoh bersaIin tldak Iama lagi
“Minggu depan kami perlu membawa dia ke kIinik kesihatan bagi membuat pemeriksaan terhadap kndungannya,” katanya yang diamanahkan oleh keluarga menjaga kakak sulung daripada tujuh beradik itu.
Dalam pada itu, Fauziah berkata, sehingga kini gaji Jahidah tldak dapat diuruskan.
“Wang gajinya tldak boleh diambil kerana perlu membuat kad msin pengeIuaran wang (ATM) yang baharu sedangkan dia dalam keadaan terIantar.
“Dalam masa sama, saya perlu buat persiapan tentang keperluan apabila dia bersaIin nanti,” katanya yang kadangkala bun.tu memlkirkan perkara berkenaan.
Kisah Jahidah yang juga penjawat awam di Johor mendapat perhatian seIepas koma akibat mengaIami kecederaan serius di kepaIa dan tengkorak disyaki akibat dipukul suami di rumah mereka pada 4 Mei lalu.
Suaminya sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas tuduhan itu mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Sumber: hm
Comments
Post a Comment