Asalkan sudah bersedia dari segi kewangan dan kematangan berfikir, apa salahnya untuk berkahwin di usia muda? Mungkin ada mulut-mulut orang sekitar yang akan sedap mengata. Namun semua itu tidak penting kerana yang bernikah dan melayari cabaran hidup bersama adalah suami isteri itu sendiri. Bukanlah ‘mak cik bawang’ yang sentiasa mengumpat tanpa henti.
Tak sabar nak jumpa baby
Tatkala pelajar sekolah menengah atasan runsing tentang pelajaran mereka, siapa menduga pasangan di bawah mencipta makna bahagia mereka sendiri. Gadis Tingkatan 5 ini sudah bertemu jodoh dan kahwin dengan suaminya yang baru berusia 19 tahun pada bulan Mei lalu. Meskipun sangat muda, kedua-duanya tampak serasi hidup berdua malah kini sedang menantikan kehadiran anak sulung
Buat kerja sekolah ada orang teman…Buat apa semua dapat pahala
Meskipun sering dipersoal mengapa kahwin terlalu awal dengan andaian tiada masa untuk enjoy, gadis muda berkenaan tenang menjawabnya. Paling menyeronokkan, dia berseloroh mempunyai teman ketika menyiapkan kerja sekolah dan meraih banyak pahala dalam segala macam hal. Belum 24 jam dimuat naik, rakamannya di TikTok berjaya mendapat 1.1 juta tontonan
Semoga kekal hubungan awak berdua…Rezeki kahwin muda Netizen
yang mengetahui kisah indah mereka juga terus mendoakan benda baik-baik. Kata mereka, mungkin bernikah awal adalah lebih bagus berbanding membuat macam-macam benda haram tanpa ikatan sah.
Comments
Post a Comment