Meskipun kita sudah masuk tahun 2021, namun realitinya masih ada segelintir pihak masih memandang rendah atau skeptikal terhadap sektor perkilangan. Walhal, kerja yang kadangkala dianggap ‘tidak bermaruah’ itulah menjadi punca rezeki halal kepada ramai masyarakat tanpa mengira apa jua latar pendidikan masing-masing.
Kerja kilang 12 jam sehari…kena kuat nak hadap manusia
Menerusi TikTok, seorang gadis ini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video berkaitan dirinya yang kini sedang bekerja di sebuah kilang. Selain bertugas selama 12 jam setiap hari, katanya pekerja juga perlu memiliki mindset yang kuat dalam berhadapan pelbagai jenis karenah manusia di sana. Namun tanpa disangka-sangka, ada seorang individu menyuruhnya belajar ‘pandai-pandai’ selain memperlekeh pilihan kerjanya itu.
@ninaaaaaaaaaaaaa__ 12 jam. Mental kena kuat nk hadap 😌bukan hadap qeja. Hadap manusia 💆🏻♀️ ytjt #kerjakilang #jabil #jabilbatukawan #mentalkoyak #ytjt
♬ bunyi asal - 𝓲𝓴𝓱𝓪𝓪💋
Gadis balas tayang sijil dekan..terus ‘terciduk’
Gara-gara itu, gadis bernama Nina ini membalas respon tersebut dengan satu perkongsian yang mengejutkan ramai pihak. Rupa-rupanya, dia merupakan seorang graduan Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat dari UiTM Kedah dah pernah meraih beberapa sijil dekan sebelum ini. Tidak memilih pekerjaan, dia bertugas di kilang tersebut sementara menunggu sesi graduasi pada hujung tahun nanti
@ninaaaaaaaaaaaaa__ Reply to @usernotfoundd93 maafla saya upsr ja mampu
♬ original sound - 𝓝𝓲𝓷𝓪 <3
@ninaaaaaaaaaaaaa__ Ada yg sama tak? 🙄 Alumni Uitm kedah here. Ada geng tak ? 🥺 rindunya nak belajar 🥺❤️ #uitmdihatiku #uitmkedah #diploma #ytjt #fypシ
♬ NYANDA BARASA - Sev Ballesca 🇵🇭
Hina sangat ke kilang? Ramai ada degree kerja situ juga…janji halal & berkat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkilan dengan individu yang masih mempunyai tanggapan kolot terhadap setiap pekerja kilang. Selain memuji semangat gadis tersebut mencari rezeki halal, mereka turut dedahkan bahawa lepasan degree juga ramai bekerja dalam sektor tersebut selain ditawarkan pendapatan yang lebih lumayan.
Comments
Post a Comment