Ramai yang cakap kehidupan waktu bujang dengan kahwin sangat berbeza. Bila dah berumah tangga, boleh melakukan segala perkara dengan pasangan masing-masing. Kalau dulu makan berseorangan saja di rumah, tapi bila dah ada partner terus tak rasa sunyi lagi.
Viral rakaman suami isteri di TikTok…Setia datang teman cinta hati main futsal dengan member
Begitulah indahnya apabila sudah berkahwin seperti pasangan suami isteri ini yang sempat tular di TikTok. Menerusi rakaman berdurasi kurang 15 saat itu, wanita yang memakai berbaju kurung tersebut dilihat setia menemani cinta hatinya untuk bermain futsal bersama rakan-rakan
Lain macam je suami aku punya skil bila isteri bagi sokongan…Sampai berpusing-pusing gitu
Sewaktu si isteri berada di luar gelanggang dan memberikan sokongan, suaminya tiba-tiba sahaja berlagak seperti seorang pemain bola profesional. Dengan gelagatnya yang terpusing-pusing mendapatkan bola lantas membuatkan wanita berkenaan tidak dapat tahan ketawa sebelum kembali beri sokongan.
@syara_dudu Hahaha semangat lain macam main futsal bila isteri bagi sokongan 🤣 @shahroldahlan #fyp #fypシ #susukambingdudu
♬ original sound - Syara Dudu Medilemon
Jangan datang kak, elok-elok game santai terus jadi tournament…Semua skil diorang keluarkan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga cukup terhibur melihat gelagat pasangan berkenaan. Dalam pada itu, ramai turut berkesempatan berkongsi pengalaman masing-masing. Secara keseluruhannya, rakaman berkenaan telah meraih lebih 400 ribu jumlah tontonan.
Comments
Post a Comment