Sudah cuba bermacam ikhtiar tapi tetap ‘tak jalan’, itulah antara salah 1 dilema yang dilalui oleh pasangan TTC. Belum cerita lagi dengan dugaan terpaksa menahan telinga mendengar sindiran orang sekeliling. Pastinya pihak paling tersepit adalah isteri kerana diselubungi rasa bersalah belum mampu memberi anak.
Suami tarik muka isteri disahkan keguguran, elak jalan bersama…maaf sudah mengecewakanmu
Reaksi seorang suami ini menjadi bualan hangat netizen apabila tarik muka dan mengelak berjalan dengan isterinya sejurus dapat tahu janin dalam kandungan keguguran. Berdasarkan perkongsian di TikTok, pengguna akaun @iyengpakaya ini malah memohon maaf kerana telah mengecewakan hasrat pasangannya untuk menimang anak. Bukan sahaja berdiam diri sepanjang perjalanan balik dari klinik, bahkan lelaki itu turut memuat naik beberapa status pilu di WhatsApp.
@iyengpakaya Suamiku Pantas Marah😭.. Maafkan Sdh mengecewakanmu. .🙏🙏 #cadebay #fyp
♬ Denting - Fadhilah Intan ✨
Suami sebenarnya sangat baik…sebelum keguguran dia paling tegas jaga
Gara-gara menerima banyak kecaman daripada netizen, wanita itu tampil mendedahkan sikap teman hidupnya yang sebenar. Lelaki tersebut disifatkan sebagai suami penyayang kerana sanggup buat semua urusan di rumah selain melarang isterinya daripada melakukan rutin harian sebelum hamil. Namun begitu, @iyengpakaya akui silapnya keras kepala tidak mengendahkan ‘larangan’ tersebut. Justeru, dia percaya fasa ini merupakan sebahagian daripada ‘teguran Tuhan’ terhadapnya rentetan tidak mendengar nasihat suami.
@iyengpakaya Aku yakin ini cara tuhan menegurku😌.. terimakasih untukmu Suami yg selalu sabar dgn sikapku🙏
♬ Pesan Terakhir - Lyodra
Masih terima job makeup, sehari 4 klien…pergi kerja pun naik motor sendirian
Menjengah ke ruangan komen, wanita itu turut mendedahkan penyesalannya yang bergedil menerima job makeup. Dia juga ke hulu ke hilir menaiki motosikal sendirian memandangkan suami keluar bekerja. Susulan itu, netizen menasihatinya agar taat dengan nasihat baik suami serta doakan pasangan tersebut agar dikurniakan rezeki cahaya mata pada masa akan datang.
Comments
Post a Comment