Tak dinafikan ketika hamil, tubuh seseorang wanita melalui banyak ‘perubahan’. Paling ketara dan menjadi kebimbangan ‘mak buyung’ adalah pada bahagian wajah. Meskipun nampak pelik di mata orang lain, namun ia cuma bersifat sementara dan akan kembali normal selepas melahirkan anak.
Muka macam nenek ekoran pembawakan budak…jarak 8 tahun daripada kehamilan anak sulung
Pembawakan budak sehingga muka jadi berkedut macam nenek, itulah dugaan yang ditempuhi oleh seorang ibu dikenali sebagai Nur Ain. Menerusi perkongsian di Facebook, wanita ini akui malu apabila ada orang ajak bergambar ekoran penampilan tersebut. Biarpun pengalaman mengandung kali kedua ini agak berbeza daripada yang pertama 8 tahun lalu, namun dia akui seronok apabila ramai caring terhadapnya.
Ada yang kata terkena sumpahan…tapi suami tak jemu puji isteri cantik
Walau bagaimanapun, Nur Ain tidak menafikan terdapat juga mulut-mulut yang melemparkan ayat tidak enak kepadanya. Bukan saja seperti terkena sumpahan, malah ada yang fobia untuk mengandung gara-gara tidak mahu muka berkedut sepertinya. Namun di sebalik ujian itu, si suamilah paling kerap memuji dirinya cantik serta berikan kata-kata semangat.
Sayalah yang ambil seri mama tu
Setelah 4 bulan bersalin, wajahnya dilihat sudah beransur-ansur pulih seperti sediakala. Dalam pada itu, Nur Ain turut memuat naik gambar cahaya mata keduanya sambil berseloroh konon dialah yang ‘mengambil’ seri wajahnya ketika hamil dulu.
Comments
Post a Comment