Adik Tak Lelap Terngiang Video Dituduh Curi Speaker, Rupanya Sempat Buat Pahala Skip to main content

Adik Tak Lelap Terngiang Video Dituduh Curi Speaker, Rupanya Sempat Buat Pahala

Hanya berpunca dituduh mencuri alat pembesar suara (speaker), seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin ditemui ajal dalam satu pertengkaran di Flat Ashby Road, Ipoh. Namun begitu, netizen akui terkilan orang awam yang berada di sana cuma merakam serta melihat insiden tersebut tanpa lakukan apa-apa. Rentetan itu, 3 beranak dipercayai suspek kejadian sedang ditahan reman bagi tujuan siasatan lanjut.


Lebih 500 orang datang tengok Faqih…baru semalam sedekah & bersihkan surau, harini Allah jemput dia 

Dalam pada itu, Allahyarham Muhammad Noor Faqih telah selamat dikebumikan pada 26 November lalu. Menerusi coretan oleh kenalan Eka Syamin, difahamkan lebih 500 orang membantu dan menyaksikan pengebumian lelaki berusia 29 tahun berkenaan. Apa yang lebih menyayat hati, Allahyarham turut dikhabarkan sempat membuat pahala beberapa hari sebelum dijemput Ilahi seperti bersedekah, bersihkan kawasan surau serta banyak lagi.





Tak boleh tidur, terngiang video kat mata ni…Mak pula entah apa yang bermain dalam fikiran dia 

Dalam pada itu, adik Allahyarham iaitu Nur Fasiha pula akui dirinya tidak dapat tidur lena gara-gara rakaman insiden tular tersebut masih lagi terngiang di fikirannya. Bukan setakat tidak dapat lakukan rutin harian seperti biasa, dia malah risaukan ibu mereka susulan pemergian mengejut itu. Justeru itu, dia memohon doa orang ramai supaya seluruh ahli keluarga diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan tak disangka-sangka ini.

Suara dalam tu semua kami kenal…mungkin abang ada salah tapi itu bukan hukuman dia 

Dalam pada itu, Nur Fasiha juga meluahkan rasa ralat apabila majoriti individu dalam rakaman tular tersebut malah dapat dicam oleh keluarganya walaupun berdasarkan suara saja. Walaupun mungkin ada punca kesilapan daripada pihak Allahyarham ketika itu, namun ujarnya hukuman tersebut agak keterlaluan. Bagaimanapun, seluruh ahli keluarganya reda dengan pemergian tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis untuk selesaikannya.



Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari