Tindakan merancang kehamilan sering dikaitkan dengan asbab menolak rezeki. Hakikatnya, jarak kelahiran anak perlulah dijaga bukan sahaja mahu memberikan rehat yang cukup kepada badan si ibu. Malahan sesuai dengan kemampuan ekonomi saraan sesebuah keluarga agar setiap cahaya mata membesar dalam keadaan baik.
Eh eh tahun depan ada lagi satu anak
Lain orang lain pandangannya. Ada yang tidak kisah jika mengandung lagi dengan cepat. Namun dalam satu sudut lain, segelintir wanita akan segera mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan diri mereka hamil dalam masa terdekat. Apalagi ketika itu anak sulung belum menginjak usia 1 tahun. Namun buat ibu muda berumur 19 tahun ini, nampaknya Tuhan menghadirkan zuriat kedua untuk menyerikan lagi hidupnya bersama suami.
@syamimizahar1 Eh eh eh eh tahun depan ade lagi 1 🤣🤣🤣🤣🤣🤣 goodluck papa @amxerr #fyp #fypage ♬ original sound - Mimoi ❤️
@syamimizahar1 Umur 19 tahun anak 1 sila hadir 🤭❤️❤️ #fyp #fypage ♬ bunyi asal - Mimoi ❤️
@syamimizahar1 Benda dah viral 🤣#fyp #ytjt😹 ♬ bunyi asal - Mimoi ❤️
Korang kena tengok sampai habis…Jangan kecam saya kot
Dalam sebuah rakaman lain yang dikongsikan, terlihat juga kandungan keduanya itu sudah tampak semakin membesar saiznya. Manakala difahamkan, anak sulungnya pula baru berusia 2 bulan. Sambil mengepilkan sekali beberapa gambar alatan perancang IUD, gadis ini menepis dakwaan bahawa dia tidak merancang kehamilan tersebut.
@syamimizahar1 Guys mcm mne ni 😭🤣🤣🤣 korang kene tgk sampai habis tauuu 😭😭 jgn kecam sye tauu #fypシ #fyp #momlife ♬ bunyi asal - Mimoi ❤️
@syamimizahar1 Siapa cakap sye tak amik perancang 😒🤪 #fypage #fyp ♬ bunyi asal - Mimoi ❤️
Ala biasalah tu…Takpe biar dia cepat dapat kawan
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengucapkan tahniah selain menumpang gembira dengan perkongsian gadis muda ini. Ada juga yang berseloroh ibu berkenaan cepat memberikan ‘kawan’ kepada anak sulungnya.
Comments
Post a Comment