Berfoto dengan Emma Maembong, Zizan Razak dipuji steady – “Benda dah lepas..” Skip to main content

Berfoto dengan Emma Maembong, Zizan Razak dipuji steady – “Benda dah lepas..”

Bagi peminat Zizan Razak, pasti mengetahui selebriti tersebut pernah menjalin hubungan istimewa dengan aktres Emma Maembong sekitar enam tahun lalu.

Namun, semua itu sudah tinggal sejarah. Emma dilihat bahagia bersama suami dan cahaya mata sulung, manakala Zizan pula sibuk menguruskan perniagaan restoran K-Town Korean BBQ Grill House miliknya.

Bagaimanapun baru-baru ini, tindakan Zizan atau nama penuhnya Muhammad Razizan bin Abdul Razak memuat sekeping foto di laman Instagram mengundang perhatian ramai.

Foto berkenaan memperlihatkan pelawak itu bersama Emma dan suami Shazli Azhar dalam sekeping gambar ketika pembukaan restoran makanan Korea itu baru-baru ini.

“Tengok siapa datang @ktown.bbq Zizan..!!! Hahaha thanks to you guys datang support.. nanti datang lagi bawak anak cucu semua hahaha,” tulis pelawak berusia 37 tahun itu.

Meskipun turut kelihatan aktres Ummi Nazeera dan suami Dr Izzar, tetapi netizen lebih tertarik dengan kehadiran Emma berdasarkan pelbagai komen ditinggalkan pada posting tersebut.

Rata-rata berseloroh, namun tetap menjaga hati dengan menitipkan doa agar pelakon filem Polis Evo itu dipertemukan jodoh dengan seorang wanita pada satu hari nanti.

Buang yang keruh, ambil yang jernih

Moga Zizan dikurnia jodoh yang baik…

‘Steady’ Zizan! Benda dah lepas…

Terdahulu, Zizan sering terpalit berhubung kisah percintaan yang ‘tidak menjadi’ dengan beberapa orang selebriti namun dia terus pandang ke hadapan selain mendoakan agar segera ditemukan jodoh.

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari