Gadis dakwa ditahan wad selepas makan ayam 3x spicy – “Perut rasa berapi2, sakit tak hilang..” Skip to main content

Gadis dakwa ditahan wad selepas makan ayam 3x spicy – “Perut rasa berapi2, sakit tak hilang..”

Seorang gadis berdepan detik cemas apabila mengalami sakit perut yang teruk selepas menikmati seketul ayam tiga kali pedas (3x spicy) daripada sebuah restoran makanan segera popular, baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, gadis dikenali sebagai Siti Amalina itu terpaksa memandu sendiri ke sebuah hospital di Shah Alam, namun mendakwa menunggu giliran terlalu lama sebelum mengambil keputusan ke pusat perubatan swasta.

Dikejarkan ke wad kecemasan

“Sebab ayam spicy 3x, aku dikejarkan ke wad kecemasan. Perut rasa berapi-rapi, telan gastrorelief sampai sebotol tapi sakit tu tak hilang.

“Aku keseorangan, jadi hidupkan enjin kereta pergi hospital tapi giliran menunggu terlalu lama sampai rasa nak pengsan,” tulisnya yang mesra dipanggil Amal.

Menurut Amal, dia menerima tiga suntikan bagi mengurangkan refluks asid dalam perut namun tetap mengalami kesakitan sebelum diminta untuk berehat selama hampir empat jam di wad pusat perubatan tersebut.

Dapat ubat pun masih terasa sakit

“Dibenarkan keluar wad, kena bayar RM450. Nasib baik ada tunai & kad kredit yang sentiasa disediakan. Perut masih rasa tak selesa tapi doktor sentiasa memantau jika mengalami refluks asid lagi,” katanya

Selepas dibenarkan pulang ke rumah, Amal mengakui seolah-olah ‘menyesal’ dan tidak akan membeli lagi menu berkenaan kerana dia tidak pernah mengalami kesakitan seperti itu meskipun pernah menjamah Samyang iaitu makanan pedas popular dari Korea.

Tak tak pasti apa bahan dalam ayam tu?

Malah Amal menjelaskan, dia ‘berani’ merasai ayam 3x spicy itu kerana sememangnya menggemari makanan pedas dan bukannya menyahut cabaran seperti dilakukan oleh segelintir individu lain.

Pecinta makanan pedas!

I makan sebab I memang pecinta makanan pedas. Sebab makanan manis macam minuman berasaskan susu semua bukan kegemaran I. Jadi memang bukan sebab cabaran ye, I suka makan pedas tapi kena berpada-pada,” kongsinya.

Posting tersebut diulang kicau lebih 5,000 kali serta pelbagai komen warganet yang turut berkongsi pengalaman masing-masing berdepan situasi itu selain menasihati orang ramai agar ‘sedar diri’ mengenai tahap kesihatan sebelum mencuba sesuatu makanan pedas.

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru