Gigih Senam Untuk Ujian Fizikal PDRM, Pemuda Menangis Tak Berjaya Kerana Parut Skip to main content

Gigih Senam Untuk Ujian Fizikal PDRM, Pemuda Menangis Tak Berjaya Kerana Parut

Segelintir besar anak muda pasti menyimpan hasrat untuk bekerja dalam sektor awam kerana dirasakan lebih menjamin masa depan. Pun begitu, tidak dapat kita nafikan proses untuk melepasi serapan jawatan SPA bukanlah sesuatu yang mudah termasuklah di bahagian ujian fizikal. Bahkan ada yang mencuba nasib selama bertahun-tahun dan berdepan kegagalan beberapa kali sebelum berjaya terpilih dalam senarai pendek.

Tidak akan mohon lagi…Saya dah usaha mana yang mampu 

Seperti calon di luar sana yang pernah kecewa, seorang pemuda dengan akaun TikTok @haziqrazali98 turut merasai perkara sama. Ketika mendapat panggilan menghadiri ujian fizikal, Haziq bersungguh-sungguh bersenam untuk membina stamina sebagai persediaan utama. Bahkan dia terus menjaga pemakanan hingga berat badannya turun kepada BMI yang lebih stabil iaitu 75kg. Namun rezeki masih belum menyebelahi, dia tidak melepasi test berkenaan kerana didapati mempunyai kesan parut.

@haziqrazali98 Its end here. Tidak akan mohon lagi. Saya dah usaha mana yang mampu, bukan rezeki saya sebab ada parut timbul kecil🥺 #inspektor #ya13 #fizikal #gagal ♬ Untuk Mencintaimu - Seventeen

Sedih betul sebab tu je gagal 

Tambah jejaka kelahiran 1998 ini lagi, parut itu diperolehi saat dirinya terlibat dengan sebuah nahas jalan raya suatu ketika dahulu. Setelah ditanyakan oleh netizen, Haziq dalam keadaan sebak sempat menunjukkan keadaan sebenar tangannya yang mempunyai kesan hitam tersebut.

@haziqrazali98 Reply to @weh.rizzzzzzzz Bukan patah pon. cuma saya kena langgar masa bawa moto dari belakang. Sedih betul seban tu je gagal 🥺 #harapmembantu ♬ bunyi asal - Helmy_Zizan - Helmy_Zizan👮‍♂️

Saya pergi ujian fizikal SPRM, JPJ & Imegresen semuanya lepas…PDRM paling saya nak tapi gagal 

Mendapat sokongan dan kata-kata positif yang tidak putus-putus sejak rakamannya tular, dia mengucapkan terima kasih kepada netizen. Malah dedahnya lagi, rupanya sebelum ini dia berjaya melepasi ujian fizikal untuk banyak sektor awam yang lain. Namun bagi jabatan PDRM yang memang benar-benar dimahukan, tuah nampaknya tidak berpihak kepadanya.

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a