Masyarakat sering terlepas pandang bahawa rumah tangga yang berjaya bukanlah diukur apabila mempunyai rumah mahupun kereta besar. Namun asanya adalah dipimpin oleh suami yang baik, setia, memahami dan pandai menghargai isteri. Itu barulah kunci rumah tangga bahagia.
2 tahun menabung duit untuk belikan suami kereta baru
Menerusi perkongsian di TikTok, usahawan bernama Nasreen Borhan ini awalnya cukup teruja apabila hari sekian lama dinanti telah pun tiba. Tanpa pengetahuan suaminya, diam-diam wanita ini telah menabung selama tempoh 2 tahun untuk belikan kereta baru buat pasangan tercinta.
@nasreen_borhan12 Akhirnya 😭 moga dipermudah urusan harini
♬ suara asli - Hi, ini meme - 𝑴𝒆𝒎𝒆𝒊𝒏𝒊𝒎𝒆𝒎𝒆🐹
Terima kasih sanggup resign kerja, tolong jaga anak & bisnes…saya tak pernah pandang harta, cuma ingin kesetiaan
Awalnya, si suami pelik tiba-tiba perlu mengisi borang di pusat jualan kereta. Rupa-rupanya, ada surprise berupa sebuah model kereta mewah idaman menanti lelaki tersebut. Ujar Nasreen, hadiah tersebut merupakan tanda penghargaan atas jasa baik pasangannya yang banyak membantu selama ini. Tidak mengharapkan apa-apa, wanita itu berharap cukup sekadar dibalas kesetiaan dan rumah tangga yang bahagia saja.
@nasreen_borhan12 Balas kepada @fateen_aten ♬ original sound - Munirah Nazri
Teringin juga nak hadiahkan suami kereta…semoga akak selalu dimurahkan rezeki
Kesungguhan wanita tersebut menghargai suami tercinta itu malah melahirkan rasa kagum dalam kalangan netizen. Selain memasang impian untuk hadiahkan kereta demi ahli keluarga masing-masing, mereka turut mendoakan keluarga Nasreen selalu dimurahkan rezeki.
Comments
Post a Comment