Tanpa mengira negara, kini terdapat ribuan content creator yang beralih kepada profesion sebagai Mukbanger kerana kandungan berkaitan makanan amat mudah untuk menarik perhatian netizen. Asalnya, mukbang adalah trend yang bermula di Korea Selatan menyaksikan seseorang akan membuat merakam videa saat menelan makanan tertentu dengan menonjolkan reaksi wajah mereka. Masing-masingnya tampil dengan konsep berbeza termasuklah bagi wanita bernama Hamzy Mukbang ini.
Selalu masak lauk sendiri dalam dapur yang fancy dengan banyak perkakas masak unik
Kalau Mukbanger lain mungkin lebih banyak membeli makanan di luar, namun Hamzy pula boleh dikatakan sering memasak sendiri lauknya sendiri. Bahkan dalam kebanyakan video, jelas terlihat ruangan dapur bersaiz sederhana miliknya penuh dengan stok makanan serta perkakas memasak yang unik. Paling melucukan, anjingnya yang berwarna hitam juga gemar mengikutnya ke mana sahaja saat dia berjalan di dalam rumah.
Telan makanan mendidih yang masih panas
Selain itu juga, Hamzy juga dilihat kerap menelan makanan ketika ia masih berasap atau mendidih di dalam mangkuk. Banyak menjamu makanan tradisi popular Korea, pastinya ada yang terfikir sejenak bagaimanakah lidahnya mampu menahan sensasi panas tersebut, kan? Di sebalik popularitinya, pernahkah anda tertanya-tanya tentang jumlah pendapatannya hasil membuat video mukbang ekstrem sedemikian rupa?
ig
Anggaran kasar pendapatan Hamzy mencapai RM1 juta sebulan
Melalui data anggaran yang dikongsikan oleh portal startat serta Koreaboo, siapa menduga Hamzy mampu meraih pendapatan sekitar 261.5 juta won iaitu bersamaan dengan RM930,307 sebulan mengikut tontonan yang diraih. Pun begitu, ia hanyalah jangkaan kasar yang dibuat malahan melalui laporan networthspot sendiri, keuntungan Mukbanger ini sebenarnya mencapai nilai RM15 juta setahun.
Comments
Post a Comment