Dengan opening yang cukup meriah melalui persembahan DAC, Dina Nadzir serta artis jemputan lain, pentas ‘MLM2021’ semalam membuka tirainya bersama tema muzikal. Bahkan peserta juga diberikan durasi persembahan yang agak panjang iaitu sekitar 4 minit lebih.
Daripada keseluruhan peserta, kumpulan Bahye menjadi tumpuan kerana berjaya mengolah persembahan dengan idea menarik. Kekuatan tersebut telah meyakinkan para juri memberikan markah 5 HA melalui humour yang menghiburkan ramai sekali gus menjadi pemenang mingguan setelah beberapa kali dipegang oleh team Tiro.
Taici tersingkir dari pentas MLM2021 semalam…Jelas tampak wajah sedih Tapai
Namun bagi kumpulan Taici pula, usaha keras mereka tidak membuahkan hasil apabila menjadi satu-satunya peserta yang langsung tidak diberikan HA baik dari 4 juri berkenaan ataupun Sang Bara. Perjuangan mereka di pentas acara lawak tersebut tamat apabila diumumkan tersingkir. Saat ditemubual, Ilham pasrah menerima hakikat bahawa rezeki mereka cuma sampai di sini sahaja manakala Tapai pula terdiam dengan wajah kecewa
Kami bukan badut yang memperbodohkan diri atas pentas…Cukup-cukuplah pandang populariti
Melalui perkongsian terbaru Chiwan Chilok pula, dia sedar mereka mungkin kalah dari segi populariti jika hendak dibandingkan dengan nama besar kumpulan lain. Pun begitu setidak-tidaknya, pelawak ini berharap barisan juri lebih bersikap adil dalam menilai dan boleh menyatakan kekurangan dalam persembahan agar boleh diperbaiki lagi pada masa akan datang.
Comments
Post a Comment