“Menangis ayah kau tengok ni…” – Tulaq foto Syafi Tee peluk dan dakap ‘wanita’. Ini status sebenar ‘wanita’ berkenaan. Skip to main content

“Menangis ayah kau tengok ni…” – Tulaq foto Syafi Tee peluk dan dakap ‘wanita’. Ini status sebenar ‘wanita’ berkenaan.

Aksi dan tindakan pelakon baru, Syafi Tee mendakap seorang jurusolek dikatakan mak nyah atau ‘transgender’ menarik perhatian pengguna sosial media di aplikasi TikTok.

Jurusolek yang dikenali sebagai Evfa Aziz itu memuat naik satu rakaman menunjukkan dirinya berpelukan sebelum mencium pipi Syafi, dipercayai pada hari terakhir penggambaran sebuah telefilem.

“Di sebalik tabir, selesai hari terakhir Syafi Tee. Jumpa lagi beb, jaga diri,” tulis jurusolek berkenaan.

Rakaman berdurasi 16 saat berkenaan menunjukkan pelakon berusia 28 tahun itu memakai separuh pakaian perlindungan diri (PPE) dengan bahagian tangan diikat ke belakang jurusolek tersebut sekali gus berpelukan antara satu sama lain.

Biarpun dipercayai hanya gurauan, namun aksi dan tindakan pelakon drama Misteri Mona itu ditegur wargamya apatah lagi membawa imej sebagai anak kepada pendakwah bebas dan ahli akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Melalui ruangan komen, rata-rata memikirkan reaksi Dr Mohd Ridhuan sekiranya melihat video anaknya ‘bermesra’ sedemikian walaupun antara sama jantina.

Bapa dia pernah cakap…

Dengan lelaki tu sis

Dah kenapa berpeluk cium pulak? Bukan main ye!

Sehingga kini, rakaman itu telah ditonton hampir 200,000 kali dan menerima 6212 tanda suka. Malah berdasarkan laporan media sebelum ini, pelakon yang digilap bakatnya menerusi Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 itu berjanji untuk menjaga nama keluarga dalam mengejar impian sebagai anak seni.

“Papa beri restu cuma saya kena menjaga nama baiknya dan keluarga,”

Restu ayah menjadi pegangan Syafi Tee, 28, dalam mengharungi cabaran dunia seni.

Anak kepada pendakwah bebas dan ahli akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah ini beruntung kerana ayah yang dipanggil Papa, faham selok-belok dunia seni serta cabaran ditempuhi.

“Papa tahu dunia penggambaran dan kerja seni. Papa juga selalu berada di depan kamera dan bekerja bersama kru.

“Papa sudah ‘masak’ dengan dunia ini. Papa beri restu cuma saya kena menjaga nama baiknya dan keluarga,” katanya kepada BH Online.

Syafi yang digilap bakat melalui Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 menganggap cabaran dan ujian ada dalam setiap bidang pekerjaan.

“Cabaran dan ujian itu ada di mana-mana. Saya yang masih hijau ini kena sentiasa kuat.

“Semua nasihat Papa dan keluarga amat penting. Saya harap terus istiqamah dengan prinsip dan cara begini,” kata anak kedua daripada enam beradik ini.

Antara pesanan Papa, kata Syafi, adalah soal menjaga batas bukan muhrim ketika berlakon.

“Saya letak piawaian sendiri iaitu tiada adegan bersentuhan. Kalau ada sekalipun, mesti berlapik.

“Papa selalu ingatkan perkara itu. Pulang ke rumah, Papa pasti tegur dan nasihat supaya saya tidak buat perkara bukan-bukan di set penggambaran,” katanya.

Syafi berkata, jika tidak selesa dengan mana-mana adegan, dia berbincang dengan pengarah untuk mencari alternatif lain termasuk sudut kamera ketika penggambaran.

Tambah Syafi, dia tidak pernah menyembunyikan status diri sebagai anak pendakwah terkenal sejak mula terjun ke dalam dunia seni.

“Dalam kalangan kru dan pelakon, mereka tahu saya anak siapa. Saat mula perkenalkan diri, mereka sudah dapat mengagak,” katanya.

Mengimbau perjalanan seninya, Syafi atau nama penuh, Mohd Syafi berkata, pada mulanya dia mahu mencari karier yang mempunyai waktu kerja anjal.

“Ketika itu, saya dalam proses menamatkan pengajian dalam bidang teknologi pembuatan di sebuah institusi pengajian tinggi.

“Jadi, saya cuba isi masa lapang dengan mencari kerja. Tidak terlintas menjadi pelakon dan penyertaan dalam DFKL 2019 membuka ruang saya,” katanya.

Syafi mengaku seronok menimba pengalaman menjadi pelakon.

“Cuma sejak pandemik COVID-19 menular, kerja lakonan tertunda dan bersambung apabila keadaan terkawal.

“Ketika fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, saya sedang menjalani penggambaran drama Dear Cinta,” katanya yang sempat menyertai misi bantuan banjir bersama Youth Care di Segamat, Johor, baru-baru ini.

Sejak dua tahun bergelar pelakon, Syafi membintangi beberapa drama terbitan TV3 seperti Ironi Kasih, Tuan Danial, So Kampung, Tragedi Balik Kampung dan terbaru, Hadiah Dari Tuhan.

Biodata

Nama sebenarnya, Mohd Syafi bin Mohd Ridhuan Tee.

Menggunakan nama komersial, Syafi Tee.

Berumur 27 tahun (2020).

Berkelulusan Ijazah Sarjana Pembuatan Teknologi Kejuruteraan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon sejak tahun 2019.

Bakatnya dicungkil daripada Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019.

Pernah membintangi drama bersiri Tuan Danial dan telefilem #SoKampung. Terkini beliau memegang peranan dalam siri TV, Pink Smile.

Laman sosial Instagramnya atas nama @syafitee sehingga kini mencatatkan lebih 57,000 pengikut.

Fakta Menarik

Merupakan anak kepada pendakwah dan tokoh akademik terkenal negara, Mohd Ridhuan Tee Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ridhuan Tee.

Mempunyai lima orang adik-beradik.

Terkenal kerana memiliki wajah persis pemuda cina – ‘chinese look’.

Sumber: TikTok @evfa79

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a