Kini sudah banyak lambakan video masakan di media sosial. Namun cara sempoi seorang usahawan bernama Aleeya Zailan ini memang berjaya membuatkan ramai golongan wanita tertarik. Meskipun tiada kontroversi dan jarang muncul di mana-mana berita, gelagat kelakarnya menyediakan makanan sedap sambil dibantu oleh beberapa pembantu rumah menjadi tarikan utama
Rajin buat live memasak dengan Big Boss di Facebook
Buat yang sudah lama mengikuti Facebook Aleeya, pastinya anda tahu mereka selalu memasak di bahagian dapur bersaiz besar di luar rumah. Kadangkala wanita ini akan bercakap dengan nyaring dan bergurau kasar dengan suaminya (lebih mesra digelar Big Boss) di samping kecoh melayani peminat secara live di Facebook.
@aleeyazailanavenys dah terbukti dah acik oiiii....
♬ original sound - Aleeya Zailan
@aleeyazailanavenys panjang siotttttt dia jerit!
♬ original sound - Aleeya Zailan
Saya bukan your aunty…Kasi chance la sikit…Panggil Kakak Aleeya okey
Siapa sangka saat memuat naik video ke laman TikTok, rupa-rupanya Aleeya juga sangat dikenali oleh ramai pengguna yang umurnya jauh lebih muda. Pun begitu lucunya, kebanyakan pengguna media sosial berkenaan memanggil wanita cantik ini dengan gelaran ‘aunty’. Sambil berseloroh, dia menasihati peminat agar membahasakannya sebagai ‘Kakak Aleeya’ sahaja.
@aleeyazailanavenys im not your aunty! kasi chan laa sikit. panggil i kakak Aleeya ok🙄 kemonnn. tiktokers!!!! #imnotyouraunty #imjustaleeyaavenys ♬ Astronaut in The Ocean x Ci Ci Cimoy Cimoy - yrslv
Diaorang ni best…Sambil makan sambil bercerita
Melihat kepada ruangan komen pula, ternyata ramai yang mengakui kakak dan ibu-ibu mereka di rumah gemar melayan live suami isteri berkenaan di malam hari. Sejak dimuat naik, rakaman tersebut berjaya meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan.
Comments
Post a Comment