Baru-baru ini kecoh dengan satu rakaman di media sosial yang mana memaparkan seorang food rider dilihat dalam keadaan cukup marah. Bukan itu sahaja, dia juga turut menghempas makanan yang dibawanya ke atas lantai sebanyak 2 kali di hadapan sebuah pondok pengawal sebelum berlalu pergi.
Pasal ni ramai salahkan rider sebab tak boleh hantar sampai depan pintu rumah…Security tak bagi naik
Susulan video tular itu, seorang pengawal keselamatan yang juga pernah bekerja sebagai food rider merasa terpanggil untuk memberikan teguran. Jelasnya dalam kejadian ini, pelanggan perlu tahu kebanyakan apartment kini tidak membenarkan penghantar makanan untuk naik sampai ke depan pintu rumah.
Bukan sesuka hati rider boleh masuk…Kena drop makanan dekat guard house kalau dah bayar online
Jadi cuma tinggal dua pilihan sama ada tinggalkan sahaja makanan di kaunter pengawal ataupun menunggu sehingga customer turun mengambilnya sendiri. Oleh sebab itu, pelanggan digalakkan untuk terus membuat pembayaran secara online. Dalam hal ini, sepatutnya tidak lagi wujud istilah ‘customer always right‘ kerana penghantar makanan cuma patuh terhadap larangan di sesebuah kediaman
@khuzaimie_lemat1.0 Sekadar teguran buat customer yang di kasihi,Rider ada salah dan Customer pun ada salah. ##foryoupage ##fypシ ##fyp ##foodpanda ##viral
♬ bunyi asal - CEO OF FOODPANDA
Kalau tak boleh ikut prosedur apartment, duduk rumah teres…Sampai pintu jamban pun rider hantarkan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan teguran yang diberikan lelaki berkenaan. Malah sepatutnya setiap customer perlu peka dengan peraturan bangunan kediaman masing-masing serta mudahkan urusan food rider.
Comments
Post a Comment