Sama2 bawa treler merah, ramai tersalah kecam pemandu wanita lain Skip to main content

Sama2 bawa treler merah, ramai tersalah kecam pemandu wanita lain

Sejak semalam, tular sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang penunggang motosikal yang hampir digilis sebuah lori kontena sehingga mengundang rasa ‘gerun’ warganet.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut dimaklumkan hanya mengalami luka disebabkan kejadian berkenaan.

Menerusi laporan berita, pemandu lori treler tersebut merupakan seorang wanita dan sudahpun membuat laporan polis berhubung insden yang berlaku.

Bukan ibu yang langgar!

Namun, menerusi perkongsian daripada Facebook Waniey Zulkiflli II, dia telah meminta orang ramai berhenti mengecam ibunya yang juga merupakan seorang pemandu treler berwarna merah.

Menurut pengguna Facebook itu lagi, ramai yang salah sangka dengan video yang tular tersebut kerana menyangka ibunya yang melanggar penunggang motosikal berkenaan.

Berhenti kecam orang yang tak salah

Tambah Waniey Zulkifli II, dia telah mendapat banyak mesej bertanyakah hal tersebut dan menafikan ibunya yang melanggar lelaki itu walaupun mengakui yang treler tersebut sering bertukar pemandu.

Ibunya juga merupakan salah seorang yang membantu mangsa dan meminta orang ramai berhenti menanyakan hal tersebut. Dia juga berharap agar mereka yang mahu mengetahui kejadian berkenaan dengan lebih lanjut supaya menghubungi sendiri mangsa yang hampir dilanggar itu.

Sebelum ini, pemandu wanita yang memandu treler dan hampir melanggar penunggang motosikal tersebut telah didedahkan oleh netizen berpandukan gambar yang dimuat naik dengan bergaya di hadapan kenderaan berat tersebut.

Ia telah menjadi perdebatan di media sosial apabila rata-rata mengecam tindakannya yang hampir meragut nyawa orang lain.

Namun, disebabkan kepala treler yang dipandu hampir sama dengan seorang lagi pemandu wanita yang lain, ramai yang telah salah anggap dan turut sama menyelar ibu kepada pengguna Facebook dikenali sebagai Wanie Zulkifli II itu.

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru