Isu suami penipu ataupun tidak setia ini bukanlah baru. Meskipun pahit untuk ditelan, namun realitinya bahkan seorang lelaki warak pun boleh kalah dengan godaan nafsu. Paling merana adalah isteri dan anak-anak, sedangkan mereka tidak minta pun diuji sedemikian rupa.
Lelaki memang susah nak setia…tapi selagi tak naik tangan & tidur dengan ‘betina’ murahan, boleh diselamatkan
Menerusi Facebook baru-baru ini, Aidil Riena berkongsi kisah dan tips jika berhadapan situasi tersebut. Berdasarkan pengalaman hidupnya, dia berpendapat seseorang suami masih boleh ‘diselamatkan’ jika masih belum melangkaui batas seperti naik tangan mahupun tidur bersama wanita lain. Terdahulu pengasas jamu ini pernah terkilan apabila ditipu oleh pasangan, sedangkan dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan pun.
Buat perjanjian suami kena berubah kalau masih sayang…bagi dia peluang, jodoh panjang sampai sekarang
Gara-gara tidak tahan dikhianati, Riena membawa dirinya balik ke kampung halaman selama tempoh 4 bulan. Sebaik pulang semula, dia melakukan perjanjian dengan suaminya agar ubah perangai jika masih sayangkan anak-anak serta dirinya selaku isteri. Hal ini kerana wanita tersebut berpendapat suaminya ‘terlena’ apabila berkawan. Tanpa dipaksa, lelaki berkenaan perbaiki kesilapannya secara beransur-ansur. Hasilnya rezeki keluarga semakin bertambah, malah jodoh mereka bertahan sehingga hari ini.
Buang niat nak menduakan isteri jauh-jauh…setia tu limited, jangan jadi suami yang ‘murah’
Justeru itu, Riena berpesan kepada para suami di luar sana supaya buang niat duakan isteri masing-masing ataupun ‘lepaskan’ dengan baik sekiranya benar-benar sudah tawar hati. Ujarnya lagi, pintu rezeki juga akan terbuka luas jika selalu hargai isteri dengan baik.
Comments
Post a Comment