Sejak akhir-akhir ini, kecoh di media sosial mengenai kisah seorang usahawan wanita mendakwa namanya dibuang daripada syarikat oleh suaminya sendiri sekali gus mengundang simpati orang ramai. Blogger dan usahawan Cik Epal juga terpanggil mengulas isu tersebut.
Ramai wanita tak kisah bermula dengan lelaki zero…tapi ada juga lelaki spesis buang bini bila dah senang
Menerusi Instagramnya, Cik Epal akui ramai wanita sanggup susah senang bersama serta membantu pasangan cari rezeki walaupun asalnya tiada sebarang harta. Namun realitinya, terdapat juga lelaki yang tergamak ‘buang’ isteri apabila sudah mengecapi kesenangan hidup. Justeru, dia menasihati golongan Hawa di luar sana agar lengkapkan diri dengan ilmu agar tidaklah sewenang-wenangnya hak ditindas.
Lelaki ni panjang akalnya, perempuan kena hati-hati…Tak kisahlah dia suami aku ke apa, kena ada hitam putih
Memandangkan dirinya juga berkongsi perniagaan dengan suami sendiri, Cik Epal menasihati setiap pasangan agar sediakan hitam putih atau dokumen perjanjian. Bukan tidak percayakan pasangan atau ahli keluarga sendiri sebagai rakan kongsi syarikat, sebaliknya sebagai salah satu langkah berjaga-jaga di masa hadapan. Dia malah sempat berseloroh tahu password akaun bank suami, sementara Jofliam pula tidak pernah tahu mengenai kepunyaannya.
Cik Epal turut bagi tanda sokongan kepada Amirah
Dalam pada itu, Cik Epal juga beri tanda sokongan kepada Nur Amirah yang diuji kemelut rumah tangganya kini. Sambil memujinya sebagai wanita yang hebat, dia juga berharap rakan usahawannya itu dipermudahkan segala urusan.
Comments
Post a Comment