13 tahun sudah pun berlalu sejak tercetusnya konflik serius melibatkan pengakhiran rumah tangga Abby Abadi bersama Norman Hakim. Pun begitu dengan hati luhur, mereka berdua ibarat membuktikan betapa besarnya hikmah bermaafan sesama manusia tidak kira betapa besar pun kesalahan yang dibuat. Meskipun sudah membawa haluan sendiri, makna bahagia terus tercipta di antara 2 keluarga ini.
Siapa yang ada isteri, mintalah mereka doakan….Doa isteri ni InsyaAllah mustajab
Pada semalam, pelakon ‘Gerak Khas’ ini juga sempat memuat naik video bersama suaminya sendiri, Norman Hakim beserta Memey Suhaiza. Mesra berdua-duaan persis adik beradik, latar suara rakaman tersebut juga memperkatakan tentang nasihat kepada para lelaki berkaitan kuasa doa isteri yang sangat-sangat mustajab.
@abbyabadi112 ❤️❤️❤️
♬ bunyi asal - aku la
Bila masa saya bencikan Memey? Saya tak pernah sebut pun Pun
begitu, Abby terpanggil untuk menjawab satu komen netizen yang seolah-olah berbaur dakwaan dirinya selaku bekas isteri Norman ada rasa benci kepada Memey. Tegas wanita tersebut, isu besar yang berlaku dahulu adalah masalahnya bersama aktor berkenaan. Justeru dia berharap netizen dapat membezakan situasi lama dengan sekarang yang nyatanya sangat berbeza.
@abbyabadi112 Balas kepada @meqna57 ♬ Banana (feat. Shaggy) [DJ FLe - Minisiren Remix] - Conkarah
Pasti ada silap saya di mana-mana hingga situasi tak menyebelahi…Norman sangat serasi dengan Memey
Selaku hamba Allah yang tidak terlepas membuat salah, Abby juga menyifatkan pasti dirinya juga ada khilaf di mana-mana sehingga keadaan tidak menyebelahi. Mengenangkan apa yang jadi, dia bagaimanapun sangat yakin bahawa Allah itu Maha Mengetahui segalanya selain mengakui masing-masingnya sudah menemui keserasian dengan pasangan sendiri.
@abbyabadi112 Balas kepada @norzyranoor Terima Kasih ❤️#AbbyAbadi ♬ Sampai Tutup Usia - Angga Candra
Comments
Post a Comment