Tak dinafikan, beberapa nama besar selebriti lelaki telah berkahwin sejak kebelakangan ini. Namun tanpa disangka-sangka, nama Tauke Jambu kecoh ‘dipetik’ netizen malam ini susulan tularnya beberapa video memaparkan pelawak tersebut menyarung busana pengantin serba putih bersama dengan seorang wanita dipercayai isterinya.
Tular rakaman seperti hadir akad nikah…siap muat naik gambar di Instagram
Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok @shakirzuf ini, Tauke mencetuskan spekulasi apabila dirakam seolah-olah menghadiri acara akad nikah. Tak cukup dengan itu, dia juga memuat naik gambar bersama seorang pemuda lengkap berbaju Melayu di laman Instagram sekali gus mengukuhkan lagi keberadaannya di sana.
@shakirzuf Hmmm da nikah dah 🥺 #shumel #teamshu ♬ Bilang Pa Mama Mantu Remix - Wallzz.19
Ex titip ucapan selamat bahagia…Tauke nikahi awek kantoi selingkuh & reject food rider dulu?
Melalui satu lagi video tular, Tauke juga dirakam duduk bersebelahan dengan isteri barunya dalam kereta seperti baru selesai nikah. Hasil carian netizen turut mendapati, wanita bernama Shu itu dipercayai merupakan bekas teman wanita seorang food rider yang pernah viral ditinggalkan demi lelaki lain. Di ruangan kaspyen, pemuda bernama Apid itu bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada pengantin perempuan sekali gus hidup bahagia di samping suami tercinta.
@piddyys Semoga kekal bahagia 😔#fypシ ♬ Buah Jadi Permadani Cover - ns78_officiall
Ni ke yang viral buang boyfriend sebab kerja dulu? Bini Tauke nak campak mana?
Pendedahan itu sekali gus mengundang banyak reaksi dan persoalan di ruangan komen. Rata-rata netizen akui keliru dengan situasi itu memandangkan Tauke sudah pun memiliki isteri iaitu Nadia Mohd Affendi. Malah, ada yang turut berpendapat semua adegan viral tersebut hanyalah trick lakonan semata-mata
Comments
Post a Comment