Benarlah kata orang, kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak mempunyai apa-apa. Manakala kesetiaan lelaki pula diuji saat dia memiliki segalanya. Selain Nur Amirah, baru-baru ini viral kisah seorang lagi usahawan wanita yang mendakwa bisnes diusahakannya juga telah dikhianati oleh suami sendiri.
Semua duit untung jualan sejak 2016…masuk akaun peribadi suami
Gara-gara tidak tahan diburukkan oleh pihak ‘sebelah sana’, Norsufia Johari atau lebih dikenali sebagai Cik Pia nekad dedahkan kemelut rumah tangganya dalam siaran Live TikTok baru-baru ini. Sejak 2016 lagi, wanita tersebut mendakwa semua keuntungan produk jualannya masuk ke dalam akaun bank peribadi milik suami. Malah biarpun peranan sebenarnya adalah sebagai founder, tapi dia cuma makan gaji bulanan saja sepanjang tempoh itu
@aneess_zatyy semoga dipermudahkan urusan cikpia.. Smkin hari semkin isteri ditindas disebabkan tamak hrta. #fyp #berjuangdiataskebenaran ♬ original sound - #Anesss
Pernah dikasari ketika mengandung…tapi tak buat report sebab sayang suami
Meskipun segala penderitaan dipendam selama ini, namun Cik Pia akui kali ini tahap kesabarannya sudah tipis. Di rumah pula, ibu kepada 2 cahaya mata ini turut mendakwa dirinya pernah dikasari walaupun ketika mengandung. Namun begitu, Cik Pia akui silapnya juga langsung tidak pernah membuat sebarang laporan polis atas dasar cinta dan sayang terhadap suaminya.
@aneess_zatyy 😢😭😔 #fyp ♬ original sound - #Anesss
Sebab sayang, isteri sanggup tak berkira dengan suami…tapi bila nampak banyak duit, mata terus gelap
Rata-rata netizen akui kecewa terhadap tindakan menganiaya isteri yang sanggup susah senang bersama sejak belum mempunyai apa-apa lagi. Selain mendoakan keluarga Cik Pia, mereka turut berpesan kepada wanita di luar sana agar berjaga-jaga walaupun jalankan perniagaan dengan ahli keluarga sendiri.
Comments
Post a Comment