Sejak kejadian banjir yang melanda Sabtu lalu, persoalan tentang ke mana perginya petugas keselamatan masih lagi menjadi isu dan perdebatan hangat. Sehinggalah hari yang ketiga bencana tersebut, barulah kelihatan jentera-jentera milik anggota pertahanan dibawa masuk ke kawasan terjejas.
Dengan ini aku menuntut agar ketiga-tiga akaun ni memohon maaf terhadap semua agensi penyelamat Malaysia
Di media sosial, beberapa akaun termasuklah milik artis iaitu Caprice dan juga Fadzil Zahari telah memuat naik posting berbentuk ‘double meaning‘ seolah-olah mempersoalkan keberadaan aset-aset keselamatan negara ketika berlaku bencana darurat. Merasa terkesan dengan isu itu, seorang bekas pegawai TUDM iaitu Capt (R) Raeiz Hamed RMAF berharap ada permohonan maaf dibuat kepada semua agensi keselamatan yang menerima sindiran sedemikian rupa.
@ayamperap00 Tuntutan permohonan maaf. #fyp #raeizhamed #Caprice
♬ original sound - MATA-MATA AYAM
Kau pernah masuk tentera ke? Tahu tak ada aset yang kau upload di posting tu sebenarnya tak sesuai untuk banjir
Jelas beliau, tidak semua aset atau jentera milik anggota keselamatan sesuai digunakan untuk proses menyelamatkan penduduk yang terjejas dalam banjir. Lebih-lebih lagi seperti kereta kebal yang turut disertakan dalam posting Caprice. Meskipun tidak berlaku bencana, anggota pertahanan sebenarnya sentiasa memantau serta menjaga keamanan negara 24 jam. Jadi tegas beliau semula, tidak wajar mereka disindir sebegitu rupa.
@ayamperap00 DENGAR DAN NILAI DENGAN FIKIRAN YG BIJAK #Caprice #raeizhamed#fyp
♬ original sound - MATA-MATA AYAM
Pasukan penyelamat ada SOP yang diorang kena follow…Bukan semua benda nak kena cerita
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama merasai kekecewaan seperti yang ditunjukkan beliau. Malah ramai meminta untuk tidak saling menyalahkan antara satu sama lain apalagi Malaysia kini sedang berada di situasi genting.
Comments
Post a Comment