Terlihat lemah di atas kerusi roda, anak kepada Bonda Rozita iaitu DS Aliff Syukri pada semalam sempat memuat naik sebuah posting sedih mengumumkan dirinya kini dijangkiti Covid-19 tahap 3. Pendedahan itu membuatkan ramai pengikutnya di Instagram berasa sebak apalagi setelah usahawan terbabit membuat permintaan maaf dikhuatiri tidak dapat bertahan lagi. Gambaran yang diberikan menunjukkan seakan-akan dirinya benar-benar dalam keadaan teruk.
Kau memang Raja Viral…Dah sembuh tak payahlah nampak nazak sangat
Akan tetapi, posting terbaru daripada Bonda Rozita sebentar tadi nampaknya cukup mencetuskan tanda tanya diselangi rasa terhibur. Wanita yang bakal menjangkau usia 60-an ini lantang menegur sikap Datuk Seri Aliff yang seperti keterlaluan memberitahu tentang jangkitan terbabit walhal sudah beransur sembuh. Menggelarkan anaknya dengan panggilan ‘Raja Viral, dia difahamkan sudah menasihatinya sebelum ini namun tidak diendahkan. Marketing ataupun tidak, apa yang pasti Bonda jelas kurang senang dengan semua itu.
Lepas 3 hari dia demam teruk…Mudah-mudahan segera sembuh
Tidak ketinggalan, Datin Nur Shahida juga sempat menjawab persoalan ramai tentang bagaimana suaminya boleh dijangkiti virus berkenaan. Tidak tahu dari manakah punca asal, namun semua PCR yang dibuat sebelum pulang bercuti dari Turki menunjukkan keputusan positif sebelum DS Aliff mengalami demam 3 hari kemudian.
Comments
Post a Comment