Hasil Duit 30 Tahun Jadi Artis, ‘Mahligai Impian’ Ebby Yus Dihanyutkan Banjir Skip to main content

Hasil Duit 30 Tahun Jadi Artis, ‘Mahligai Impian’ Ebby Yus Dihanyutkan Banjir



Siapa saja yang tidak kenal dengan pelakon dan pelawak veteran Ebby Yus? Telatah bersahajanya di kaca TV tidak pernah menghampakan penonton yang sentiasa bergelak ketawa seperti rancangan sitkom Jenaka Kampung Kalut ( JKK) Namun di sebalik lawak-lawak yang disampaikannya, hakikatnya bermacam-macam dugaan terpaksa dilalui oleh bintang komedi yang terkenal dengan dialek Negeri Sembilan tersebut.


Pembinaan cuma tinggal 10% lagi untuk siap…tapi mahligai impian Ebby Yus musnah dibadai banjir 


Bukan setakat komplikasi buah pinggang serta jantung yang pernah dihidapinya terdahulu, namun kini pelawak berusia 57 tahun berkenaan terpaksa berputih mata apabila ‘mahligai impiannya’ musnah sekelip mata. Meskipun projek pembinaannya cuma tinggal 10%, namun ia telah dihanyutkan air deras dalam bencana banjir yang berlaku di Kuala Langat, Selangor pada semalam





Nilai kerugian hampir RM200 ribu 


Menceritakan insiden itu, tengah hari semalam Ebby Yus bersama pembantu peribadinya berkesempatan pergi ke sana untuk memantau proses kerja akhir pembinaan kediaman 2 tingkat tersebut. Akur dengan takdir Ilahi, rumah yang berkonsepkan ‘separuh batu separuh kayu’ itu lenyap sekali gus menanggung nilai kerugian dianggarkan hampir berjumlah RM200,000.







Setiap kali dapat bayaran berlakon…peruntukkan untuk projek bina rumah 


Paling menyayat hati, projek pembinaan rumah tersebut dilakukan sedikit demi sedikit menggunakan hasil bayaran kerjanya sejak lebih 30 tahun bergiat aktif dalam industri seni. Namun begitu, ia kerap juga terhenti susulan masalah kesihatannya serta sekatan PKP sebelum ini. Manakala sejak 20 tahun lalu, Ebby Yus menyewa di Kampung Baru.



Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a