Terdahulu, kisah perkahwinan sepasang suami isteri ini pernah menjadi perhatian ramai di media sosial. Ia susulan saiz badan wanita tersebut yang tak ubah seperti kanak-kanak sekolah rendah. Kini, mereka berdua cukup gembira kerana sedang menunggu kelahiran cahaya mata sulung.
Haritu viral lagi masa buat rakaman pergi klinik kesihatan untuk check up
Baru-baru ini sempat tular rakaman sewaktu dirinya hadir ke klinik kesihatan bagi melakukan checkup sebagai rutin bulanan untuk ibu mengandung. Pejam celik cuma berbaki 2 bulan sahaja lagi sebelum wanita comel bernama Yaya ini bakal melahirkan.
@buyahhh alhamdulillah syukur dgn rezeki yg allah bagi. baby dah 11weeks dh. doa kan yaya dgn baby sihat dan dijauhkan dari wabak covid19. amin #fyp #esekelii ♬ Hanya Rindu - Andmesh
Thank you daddy bawak ibu shopping…Tak banyak berubah, masih kecil comel
Dalam perkongsian terbaru, Yaya yang sudah sarat itu masih lincah berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah. Aksi ibu genit tersebut mengusung perut sempat mencuri tumpuan ramai sambil diusik-usik oleh si suami. Meskipun itu, tiada banyak perubahan pada diri wanita tersebut dan masih terlihat seperti anak kecil.
@buyahhh tq daddy bawak ibu shopping 🥰 #fyp #fypシ #tiktokfemes ♬ suara asli - ANAK E MAK NOR ❗️
Risau tengok perut dia, masa preggy kan penat bawa baby…Hebat ciptaan Allah untuk hambanya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan Yaya yang masih kuat membawa bayi dalam kandungan. Meskipun ada juga yang risau, namun ramai mendoakan semoga ibu tersebut berjaya melahirkan dengan selamat.
Comments
Post a Comment