Langgar pemuda sampai ‘terbang’ ke atap bengkel, pemandu kereta positif dadah Skip to main content

Langgar pemuda sampai ‘terbang’ ke atap bengkel, pemandu kereta positif dadah

Seorang pemuda berusia 19 tahun dipercayai mengalami kecederaan parah selepas motosikalnya dilanggar sebuah kereta yang hendak memotong kenderaan lain di  Jalan Permatang Piah –Kampung Kolam, Pak Badol  pada pagi tadi.

Tular di media sosial

Video kemalangan juga tular di media sosial selepas dimuat naik oleh beberapa akaun Facebook. Apa yang mengejutkan ramai adalah pemuda yang dikenali sebagai Wan Mohamad Sabaruddin Wan Zakaria melambung hingga ke bumbung bengkel berhampiran selepas dilanggar oleh suspek yang menaiki kereta jenis Honda Civic.

Cuba memotong sebelum langgar mangsa

Menerusi laporan dari Kosmo! Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh telah memaklumkan yang suspek dalam perjalanan ke rumahnya di Kampung Tasek Pauh, Selising dekat Pasir Puteh.

Namun, tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai cuba memotong sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

“Mangsa yang tiada lesen memandu sedang menunggang motosikal jenis Yamaha LC berada di laluan bertentangan bagaimanapun terus dirempuh kereta tersebut.”

“Insiden itu menyebabkan mangsa melambung dan jatuh di atas bumbung sebuah bengkel yang berada di sebelah kiri jalan,” katanya.

Suspek positif dadah

Mangsa yang mengalami kecederaan parah setelah mengalami patah tangan dan paha kiri telah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

Walau bagaimanapun, ketika pihak berkuasa tiba dan melakukan pemeriksaan fizikal kepada suspek, berlaku sedikit pergelutan.

Pihak polis telah menemui dadah dipercayai jenis heroin seberat tiga gram dan 102 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM3,020.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai tujuh rekod lampau berkait kes dadah,” katanya.

Shuhaimi juga memaklumkan yang kes akan disiasat  mengikut Seksyen 44 (1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a