Lepas Mandi Kerap Guna Cotton Bud, Gadis Nangis Cerita Gegendang Telinga Pecah Skip to main content

Lepas Mandi Kerap Guna Cotton Bud, Gadis Nangis Cerita Gegendang Telinga Pecah

Tahi telinga setiap orang adalah berbeza-beza mengikut warna, bau dan tekstur sama ada jenis kering, lembap ataupun kedua-duanya sekali. Biasanya majoriti kita gemar menggunakan cotton bud untuk membersihkan kotoran tersebut khususnya selepas mandi kerana ia sedang lembut sekali gus memudahkan proses pembuangan. Pun begitu, penggunaan putik kapas ini adalah kurang elok apalagi jika dipakai secara kerap.

Ingatkan air biasa keluar daripada telinga, rupanya nanah 

Seorang gadis ini sempat berkongsikan masalah gegendang telinganya pecah kerana sering korek menggunakan putik kapas. Cik Faridah Arshad mendedahkan telinganya dikeluari cecair nanah kuning yang pada awalnya disangka cuma air biasa. Tidak tahan lagi dengan kesan menyakitkan itu sehingga mengalami kesukaran untuk tidur, dia mula mendapatkan rawatan di pusat perubatan.

@sfadaah Tragedi cotton bud.. #fyp #sfadaah #sakittelinga ♬ tak baik tau maki maki - ᵐᴏᵏ sⁱɴᵍʟᵉᴛ

Semalam dah titik ubat…Saya rasa lebih baik & dah tak meletup-letup dah 

Meskipun sudah mengambil ubat titis, namun Faridah memberitahu telinganya masih ada nanah yang meleleh. Ini membuatkan dia terpaksa menyumbat sementara telinga dengan kapas. Mengambil pengajaran daripada kisah sedih itu, dia sempat memberikan nasihat agar orang di luar sana elakkan daripada menggunakan cotton bud dikhuatiri benda sama terjadi.

@sfadaah Reply to @dygnshafizahbakar ♬ original sound - faridah arshad

Tak perlu korek telinga, cukup alirkan dengan air bersih 

Mungkin ramai tidak tahu, namun sebenarnya tahi telinga mempunya fungsi penting sebagai ‘perangkap’ bendasing yang termasuk ke dalam telinga. Memang benar telinga akan terasa bersih apabila dikorek dengan putik kapas, namun gegendang telinga akan menerima tekanan akibat earwax yang terus-terusan ditolak masuk. Laporan Hello Doktor mengingatkan masyarakat supaya sekadar alirkan air bersih pada telinga, beli ubat titis bagi melarutkan kotoran atau pergi sahaja membuat rawatan pembersihan khas bersama doktor profesional.

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a