Shila Amzah sudah failkan penceraian, namun suami enggan keluar dari rumah Skip to main content

Shila Amzah sudah failkan penceraian, namun suami enggan keluar dari rumah



Tiada hujan tiada ribut, posting penyanyi wanita, Shila Amzah berkenaan rumah tangganya bersama suami, Haris Idraki Elias telah menjadi sorotan ramai.


Mana tidaknya, Shila memaklumkan yang dia sudah  menfailkan penceraian dan kini telah tinggal berasingan.


Dah failkan penceraian

Perkara tersebut dijelaskan oleh penyanyi itu susulan rumah ibu bapa yang ditumpanginya kini di Hulu Langat sedang dilanda banjir.


“Sha dah file cerai ..but unfortunately still on going process sbb dia decide nak prolong benda ni..Cuma bila dah jadi macamni, sha dah tak boleh nak sabar lagi sbb sha pun trying my hardest to survive and jaga hati dan nama baik semua org..” tulisnya.

Dalam posting Shila, di memberitahu terpaksa tinggal di dalam sebuah bilik di rumah makciknya selepas rumah keluarga ditenggelami air.





Tak dapat pulang kerana suami tak nak keluar dari rumah

Dia tidak dapat pulang ke kediamannya sendiri di Cyberjaya kerana suami masih tinggal di situ dan tidak mahu keluar walaupun rumah tersebut adalah miliknya.


Hal tersebut pastinya membuatkan ramai terkejut memandangkan penyanyi itu beserta keluarganya sedang ditimpa ujian.





Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan kata-kata semangat agar Shila dan keluarga terus tabah menerima ujian daripada Allah S.W.T ketika ini.


Untuk makluman Shila atau nama sebenarnya NurShahila binti Amir Amzah telah mendirikan rumah tangga dengn suaminya pada April 2018. Mereka juga telah dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Seth Uwais yang kini berusia 2 tahun.

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a