Rakyat jaga rakyat, sejak minggu lalu ramai telah turun ke kawasan yang dilanda banjir untuk menghulurkan bantuan. Tidak kiralah dari segi duit, bekalan makanan mahupun tenaga, semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh orang Malaysia pada kali cukup mencetuskan rasa sebak.
Sukarelawan dari Johor pun datang turun padang di Bukit Changgang untuk ‘Ops Banjir’
Begitulah juga usaha dilakukan oleh Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Mersing yang turun padang sebagai sukarelawan Khidmat Malaysia Negeri Johor untuk membantu penduduk di Bukit Changgang, Sepang. Walau bagaimanapun, kedatangan mereka dalam ‘Ops Banjir’ tersebut malah membawa pulang sebuah berita duka apabila berlaku pemergian sedih.
Mengadu tak sedap badan, pergi klinik di Bukit Changgang…Balik rehat dalam van, nampak tak sedarkan diri
Salah seorang daripada anggota sukarelawan team tersebut yang bernama Tuan Zaki telah pun menghembuskan nafas terakhir selepas dikejarkan ke salah sebuah pusat perubatan di Banting. Terdahulu, Allahyarham yang turut terlibat dalam operasi sempat mengadu tidak sedap badan sebelum dibawa ke klinik. Namun usai pulang dari situ, sukarelawan tersebut ditemui tidak sedarkan diri dalam van.
Bila datang Mersing tak kira program atau peribadi, dia akan sambut dengan ramah & ceria
Dalam beberapa posting dari rakan-rakan, Allahyarham Tuan Zaki cukup dikenali ramai terutamanya dalam kerja-kerja kebajikan. Bukan itu sahaja, keperibadiannya juga turut disenangi ramai orang ketiga bertugas.
Comments
Post a Comment