TerkilanTengok Anak Dihempok Dengan Barang, Ibu Kongsi Rakaman Untuk Tatapan Anak Bila Dewasa Kelak.
Bukankah kita selalu mendengar keluh-kesah pengasuh di taska mengenai anak-anak yang dihantar setiap pagi? Mereka bukan sahaja di hantar dalam keadaan belum mandi, malah ada juga yang masih memakai lampin pakai buang yang penuh.
Malah, ada juga yang menghantar anak mereka dengan pakaian balik dari taska pada hari sebelumnya. Memang betul pengasuh di taska pun mempunyai tanggungjawab mereka. Ini adalah kenyataan dan fakta yang tidak dapat dinafikan lagi.
Malah ramai yang berkata ‘Jadi cikgu taska/tadika senang je, jaga budak-budak’ , dianggap mudah, tetapi hakikatnya hanya guru yang tahu cabarannya yang sebenar.
Tugas seorang guru bukanlah mudah tidak kira guru sekolah rendah atau menengah. Pengorbanan insan tersebut yang diumpamakan seperti sebatang lilin tiada tolak bandingan. Namun tugas ini dilihat pada pandangan mata kasar orang lain hanyalah mendidik sahaja.
Situasi sebegini juga turut dirasai oleh guru-guru yang mengajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Rata-rata masyarakat yang tidak memahami konsep sebenar Pendidikan Awal Kanak-Kanak beranggapan guru-guru di sini tugasnya hanya menjaga kanak-kanak.
Pandangan masyarakat seperti ini tidak disetujui oleh seorang guru yang mengatakan tugas sebegitu sangat hebat dan mencabar apatah lagi mendidik anak-anak seawal usia bayi sehingga 6 tahun.
Dek kerana kesabaran itulah yang membezakan guru-guru ini. Jika tidak sabar maka ia akan menjadi seperti klip video di bawah. Rata-rata ibu bapa sangat kecewa dan marah dengan apa yang dilakukan oleh penjaga terbabit.
Tengok Apa Yang Orang Dah Buat
Seperti yang tular di media sosial hari ini, perkongsian facebook dari seorang ibu Cahaya Naziha Mohd Nhazeri ini buat ramai rasa sedih serta luahkan rasa marah atas apa yang terjadi.
“Pos dekat sini la sebagai kenangan… nanti baby tu dah besar. Dia boleh tengok apa yang orang dah buat dekat dia. Semoga Allah pelihara anak2 syurga yang lain. Aku selalu tngok dekat anak org ja. Sekali anak aku yang kena.Aku dah cukup baikkkkkkk”
Video kejadian ini tidak dapat dipastikan dimana dirakam dan diambil. Namun apa yang paling penting dalam tugas mendidik ini kesabaran adalah kunci utama. Bukan senang untuk menjaga karenah anak-anak kecil dengan bermacam ragam.
Antara komen-komen netizen,
Comments
Post a Comment