Tersangkut Dalam Semak Tanpa Organ Dan Kaki, Mayat Kanak-Kanak Lingkungan Umur 3 Tahun Ditemui Reput Skip to main content

Tersangkut Dalam Semak Tanpa Organ Dan Kaki, Mayat Kanak-Kanak Lingkungan Umur 3 Tahun Ditemui Reput

Mayat seorang kanak-kanak tanpa organ badan dan kaki ditemui tersangkut dalam kawasan semak di Jalan Anggerik Putih Majidee, Kampung Desa Makmur, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU: Mayat seorang kanak-kanak yang sudah busuk dan mereput ditemui di Sungai Kampung Desa Makmur berdekatan Jalan Anggerik Putih Majidee di sini, pagi tadi.

Memetik laporan Harian Metro, mayat tersebut pada awalnya ditemui berdekatan tebing sungai oleh orang awam yang terhidu bau busuk sebelum bertindak menghubungi polis dan bomba.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, pihak polis serta anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mayat kanak-kanak lingkungan usia tiga tahun itu sudah reput dan berbau busuk.

LIHAT KOMEN NETIZEN DI BAWAH SEKALI:

“Mayat yang kita jumpa ini ada organ yang hilang, kaki pun sudah tiada. Jadi kita masih tunggu laporan lengkap bedah siasat. Setakat ini kita tidak dapat kesan jantina, bangsa dan sebagainya. Setakat ini juga tiada elemen jenayah ditemukan.”

Pihaknya percaya kemungkinan mayat itu sudah dimakan haiwan seperti biawak dan ikan. Malah belakang tengkorak sudah pecah, rambut dan otak juga telah tiada. Jelasnya lagi, setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikaitkan dengan penemuan mayat tersebut.

“Setakat minggu ini pihaknya tiada menerima laporan kanak-kanak hilang atau lemas di sungai.”

Pengesahan Bomba

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Shamsul Khomari Bakar, pula berkata, mayat mangsa ditemui 1.5 meter dari tebing sungai berkenaan.

Katanya, pihaknya menerima panggilan daripada pihak polis pada jam 10.43 pagi tadi bagi membantu mengangkat mayat kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan tiga tahun.

“Kami tidak dapat kenal pasti sama ada mayat kanak-kanak ini warganegara atau bukan. Malah, jantina juga tidak diketahui kerana mayat telah reput.

“Mayat juga dipercayai sudah dimakan haiwan seperti biawak dan ikan. Belakang tengkorak sudah pecah, rambut dan otak juga telah tiada.

“Difahamkan, mayat ditemui orang awam yang terhidu bau sangat busuk di lokasi berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Shamsol Khomari berkata, setakat minggu ini pihaknya tidak menerima laporan kanak-kanak hilang atau lemas di sungai.

Tiada unsur jenayah

Tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada mayat seorang kanak-kanak yang ditemui berbau busuk dan mereput di Sungai Kampung Desa Makmur berdekatan Jalan Anggerik Putih Majidee di sini, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keadaan mayat kanak-kanak yang dianggarkan berusia tiga tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

“Mayat yang kita jumpa ini ada organ yang hilang, kaki pun sudah tiada. Jadi kita masih masih tunggu laporan lengkap bedah siasat.

“Setakat ini kita tidak dapat kesan jantina, bangsa dan sebagainya. Setakat ini juga tiada elemen jenayah ditemukan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor, di sini hari ini.






Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a