Lumrah hidup berumah tangga, kebanyakan pasangan suami isteri akan menempuh detik sukar di awal perkahwinan. Namun begitu, berkat gigih berusaha dan saling menyokong pasangan akan memberi dibalas dengan rezeki kesenangan di kemudian hari.
Sepanjang 4 tahun kahwin…first time beli peti ais
Menerusi TikTok, pengguna dikenali sebagai Nazira Nawawi ini berkongsi detik sebuah peti ais baru tiba ke rumahnya. Menurut wanita tersebut, ini merupakan kali pertama keluarganya membeli alat elektronik berkenaan sepanjang 4 tahun mendirikan rumah tangga. Malah apabila dimaklumkan bakal tiba ke rumah lebih awal, dia turut mengambil kesempatan itu untuk lakukan surprise kepada suaminya
Sebelum ni tinggal dengan mentua…lepas 3 bulan berdikari, Alhamdulillah dapat beli
Mengulas lanjut kenyataan itu, Nazira dedahkan bahawa keluarga kecilnya sebelum ini menetap di rumah mentua. Hanya selepas 3 bulan berpeluang ‘berdikari’, barulah mereka dapat membeli peti ais tersebut. Sambil mengenang susah payah yang diharungi bersama suami tercinta, wanita berkenaan akui ia merupakan antara detik termanis sepanjang rumah tangga mereka.
@naziranawawi Alhamdulillah . Terimakasihh abi banyak berjuang ! Melaffyou 🤍
♬ original sound - naziranawawi
Faham perasaan happy bila susah senang dengan orang yang kita sayang…hargai pengorbanan suami
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh dengan kisah keluarga ini. Sambil mendoakannya semoga murah rezeki, mereka turut berkongsi tentang pengalaman manis di awal perkahwinan masing-masing. Secara keseluruhan, video tersebut meraih lebih 80 ribu jumlah tontonan setakat ini.
Comments
Post a Comment