[VIDEO] MUA Meremang Gila, Ambil Gambar Pengantin Tiba-Tiba Di Galeri Jadi Lain Skip to main content

[VIDEO] MUA Meremang Gila, Ambil Gambar Pengantin Tiba-Tiba Di Galeri Jadi Lain



Benarkah kerja sebagai seorang MUA hanya semudah menyolekkan orang sahaja? Hakikatnya, saban tahun mereka perlu mengasah kemahiran makeup yang berbeza-beza selari dengan demand selain mengentalkan hati saat bertemu dengan ramai pelanggan bermasalah. Namun siapa sangka bagi gadis bernama Cikna ini, dia berdepan dengan kejadian mistik yang pastinya sukar dilupakan.


Aku cannot brain…Pengantin pun cakap sini memang kuat kacau sikit 


Selesai menyolekkan seorang pengantin cantik, dia meneruskan pula kerja-kerja mengambil foto hasil akhir. Namun bulu roma mereka seakan-akan merinding apabila gambar berkenaan malah berbeza dengan gaya asal yang dibuat oleh mempelai baju hitam tersebut. Sedar ada sesuatu yang tidak kena, pelanggan berkenaan akui rumahnya memang agak ‘keras’ dan kadangkala ada yang menganggu.


@nachikcikna

Sape nok tengok gambar full!! Jangan Fyp mlm2 doh laa😭😭 meremang

♬ Sounds like a mystery music box - Yohei


Dia pun nak bergambar juga 


Hasil yang ditunjukkan dalam galeri telefon milik Cikna memang membuatkan ramai tergamam. Di saat gambar-gambar lain berada di posisi statik dengan gaya yang sama iaitu memegang veil, tiba-tiba salah satu daripadanya hanya berdiri tegak dalam keadaan gelap tanpa tersenyum.


@nachikcikna

Balas kepada @daiyrnisya_ serammmm

♬ suara asli - ストリスノアジ


Sebab tu la Mak Andam dulu-dulu ada pendinding…Nak tanya yang belakang langsir tu sapa? 


Meraih hampir 1 juta tontonan tak sampai 24 jam dimuat naik, kisah seram Cikna juga membuatkan netizen ketakutan. Tidak ketinggalan, ada pula yang memberitahu seakan-akan ternampak bayangan lain di belakang saat MUA ini sedang galak bercerita.





Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a