Menjelang hari bersejarah, bakal raja sehari pastinya sibuk melakukan pelbagai persiapan sehingga tidak cukup masa untuk mendapatkan rehat secukupnya. Lagi-lagi bagi pengantin perempuan, mereka perlu bangun seawal pagi bagi sesi solekan sekali gus mengambil masa beberapa jam untuk menghasilkan wajah yang berseri-seri oleh jurumekap. Situasi seperti itu dialami sendiri oleh seorang wanita dikenali sebagai Natasha ini apabila memuat naik satu video di aplikasi TikTok memaparkan dia sedang disolek ketika hari pernikahannya. @mamahaider #fypã‚· #pengantin ♬ PENANTIAN ARMADA - sadvibes🥀 Lebih mengundang perhatian apabila video tersebut kelihatan dirinya memejamkan mata dipercayai dalam keadaan mengantuk kerana hanya sempat tidur selama sejam sebelum bangun pukul 6 pagi. “Tidur pukul 5 pagi, bangun pukul 6 pagi terus siap untuk mekap nikah. Sampai tengah hari dah out untuk bersanding,” tulisnya dalam video berkenaan. @mamahaider Mama will always love you sayang ❤️ ♬ Someone You Lo
Kami akan memaparkan mengenai isu semasa di dalam dan di luar negara dan juga info yang menarik di serata dunia