Tidak bercadang untuk kahwin, terlihat segelintir orang zaman sekarang gemar mengambil anak angkat untuk dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Namun anehnya bagi seorang artis negara seberang ini, keputusannya untuk memiliki boneka patung yang disayangi bagai zuriat sendiri nyata membuatkan ramai tertanya-tanya. ‘Bayi’ berkenaan juga diberikan nama Miracle Putra Gunawan dengan nama timangan manja Eqqel.
Best je dah ada mainan…Boleh beli-baju baju buat happy sendiri-sendiri je
Sebelum ini, Ivan Gunawan mendedahkan dia menempah khas patung tersebut dari negara Rusia dengan tempoh pembuatan selama 6 bulan. Membuat permintaan mahukan wajah yang seiras, pengacara popular ini juga menyatakan 16 Disember 2021 sebagai tarikh lahir ‘anak’ kesayangannya itu. Rupanya, dia turut menganggap ‘pengorbanan’ tersebut sebagai latihan persediaan andai kata ada peluang bergelar bapa satu hari nanti.
Selamat malam anak bayi
Bukan sekadar didodoikan ketika waktu tidur, Ivan juga menempah jurugambar khas untuk sesi photoshoot dengan tema seakan-akan selepas bersalin seperti yang selalu dibuat oleh ibu-ibu lain. Meskipun ‘cahaya mata’ itu cumalah sebuah patung diperbuat daripada plastik, namun cara Papa Ivan mendukung dan membelainya tidak ubah seperti menjaga bayi manusia.
@skartini577 Balas @cookies6775 ♬ i love you baby - Emilee
@skartini577 Balas @ciby2000 #bonekabayi #ivangunawan ♬ suara asli - Skartini577
@skartini577 Balas @rachmanluq kalau gini bayinya harus bersyukur kak ??#podcastpakgun #ivangunawan ♬ suara asli - Skartini577
@skartini577 Balas @nc_wulanadenan Duhhh …. #ivangunawan #bonekabayi ♬ suara asli - Skartini577
Saya takde apa-apa…Saya tak gila..Baik-baik je
Di saat ada yang menyangka dirinya sudah gila, artis versatil ini tenang menafikan dakwaan tesebut dan enggan terlalu melayan kecaman netizen. Apa yang dibuatnya adalah kerana kepuasan sendiri. bukanlah kerana mengalami tekanan jiwa.
Comments
Post a Comment