Dalam Telefon, Saya Dengar Pengasuh Sedang Menangis. Skip to main content

Dalam Telefon, Saya Dengar Pengasuh Sedang Menangis.



KEHADIRAN cahaya mata comel yang diberi nama Puteri Maryam menjadi pelengkap dalam kehidupan pasangan suami isteri dari Nusajaya, Johor ini.


Dilahirkan pada 8 Julai 2021, anak sulung Mohamad Amirul Rahim Baharudin, 30, dan Nur Hasikin Ahmad, 28, itu bagaimanapun meninggal dunia secara mengejut pada petang Jumaat lalu.


Ketika dihubungi mSt4r, wanita yang biasa dipanggil Hasikin itu sempat memperincikan semula kejadian terbabit yang disifatkan sebagai hari paling menyedihkan dalam hidupnya.


” Kami hantar ke rumah pengasuh seperti biasa pada hari bekerja. Ketika dalam perjalanan pulang, saya terima panggilan daripada pengasuh, meminta saya datang cepat kerana anak tak sedarkan diri.




” Dalam panggilan, saya dengar pengasuh sedang menangis. Pada masa sama, suami pengasuh sedang beri bantuan pernafasan (CPR) kepada bayi. Mereka pun dah hubungi ambulans. saya minta mereka teruskan buat CPR sementara saya sampai dan Saya terus hubungi suami untuk maklumkan hal ini.


” Ketika sampai, saya suruh pengasuh pegang bayi dan saya nak bawa kereta ke hospital. Tapi pihak ambulans minta kami tunggu, kami masa tu dah keluar dari perumahan dan berhenti di tepi jalan. Ketika itu anak saya memang tak sedarkan diri tapi CPR tetap terus dilakukan,” jelasnya.


Tambah Hasikin lagi, dalam keadaan cemas, beberapa individu turut berhenti di tepi jalan sebaik melihat kejadian itu bagi membantu sebelum dia dan bayinya dibawa menaiki ambulans untuk menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.


Jelas Hasikin, pengasuhnya memaklumkan bayi berusia 6 bulan 13 hari itu kelihatan tidak selesa dan seperti mahu sendawa sebelum memuntahkan semua susu dan makanan dalam kejadian terbabit.




” Selepas dibawa dengan ambulans, anak saya dimasukkan ke jabatan kecemasan. Dalam 15 ke 20 minit mereka cuba selamatkan, kemudian doktor keluar dan maklumkan anak saya tidak dapat diselamatkan dan pihak hospital kata mereka tak dapat nak sahkan punca sebenar.


” Menurut pengasuh, dia nampak anak saya dalam keadaan tak selesa dan nak batuk. Jadi dia tepuk belakang untuk bagi sendawa. Kemudian anak saya batuk dan muntah sebelum tak sedarkan diri. Lepas dah bedah siasat pada pagi Sabtu, doktor kata tak dapat tengok keputusan dengan mata kasar. Jadi result sekarang adalah pending laboratory investigation.


” Tapi sampel darah dan tisu paru paru sudah dihantar ke makmal untuk mendapatkan punca sebenar. Keputusan akan diketahui dalam masa dua hingga tiga bulan. Kalau ikut cerita pengasuh, memang tersedak. Tapi doktor tak boleh sahkan selagi tiada bukti. Tersedak ni hanya anggapan kami. Tapi untuk jawapan sahih, kami masih tunggu ujian makmal,” ujar Hasikin.


Menurut wanita yang baru berkahwin pada 30 Julai 2020 itu, dia sedih dengan kejadian yang menimpa namun redha dengan takdir yang ditetapkan sang pencipta.




Malah katanya, dia tidak menyalahkan pengasuhnya sebaliknya berterima kasih atas jasa baik yang banyak memudahkan urusan keluarganya selama ini.


” Pengasuh saya memang cuba sama-sama untuk selamatkan arwah, dah hubungi ambulans dan buat CPR. Pengasuh ada dengan saya dan suami dari awal sampai akhir. Dia tak ada mengelak, semua bagi kerjasama. Saya dengan pengasuh OK, saya tak salahkan dia sebab perkara ini boleh jadi kat mana-mana.


” Even bayi dalam jagaan mak ayah pun boleh berlaku kejadian sebegini. Kejadian bayi tersedak memang sentiasa berlaku. Saya terima ketentuan. Bila jadi benda macam ni, ia bagi pengajaran juga untuk saya dalami pelbagai ilmu berkaitan bayi.


” Saya percaya, saya dan suami pun dah buat yang terbaik, sebab itu kami reda dengan kejadian ini. Rindu tetap ada, tapi kami terima apa yang berlaku. Bayi kami pun sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Gelang Patah pada Sabtu,” ceritanya lagi.





Imbas Hasikin, dia turut bersyukur kerana diberi peluang memandikan bayinya pada pagi kejadian yang mana tugas itu biasanya sering dilakukan suaminya selama ini.


” Pada pagi hari kejadian, saya mandikan arwah sebelum dihantar ke rumah pengasuh. Selalunya suami yang mandikan, tapi hari tu saya offer nak mandikan.


” Saya dukung dia mandi shower sama-sama, dia baik sangat. Lepas mandi, saya bagi suami untuk pakaikan bajunya. Suami pun ada tegur yang dia ‘sangat baik’, tak macam hari-hari sebelum tu. Sepanjang mengandung pun, memang tiada masalah. Semua urusan saya dipermudahkan,” ujarnya.


Tambah Hasikin, dia cuma ingin berkongsi kisah pemergian mengejut anaknya bagi membuka mata orang ramai di luar sana mengenai kejadian-kejadian sebegini.


Jelasnya, penting bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja untuk melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan agar kita sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan buruk yang mungkin terjadi.


Sumber : mst4r

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M