Keluarga Pemandu Treler Buat Laporan Polis, Perakam Video Beri Banyak Alasan Skip to main content

Keluarga Pemandu Treler Buat Laporan Polis, Perakam Video Beri Banyak Alasan



“Tidak pasti, jangan kongsi”. Mungkin itulah pengajaran yang perlu diterapkan setelah kita saksikan sebuah insiden melibatkan seorang pemandu treler bernama Ahmad Sukri Abdul Samad baru-baru ini. Paling terkilan apabila saksi yang berada di tempat kejadian tidak memberikan bantuan segera. Sebaliknya, wanita terbabit merakam situasi itu lantas menuduh lelaki berkenaan memandu di bawah kawalan minuman keras.


Ahmad Sukri belum berkahwin…Menyara kehidupan kakak & 4 anak buah 


Pemergian Allahyarham Sukri ternyata disifatkan sebagai sebuah kehilangan yang sangat besar buat keluarganya. Tambahan pula, dia dikatakan mempunyai peribadi yang sangat baik selain didedahkan bermurah hati menyara kakaknya serta 4 orang lagi anak saudara. Masih lagi berstatus bujang, pemandu ini dilaporkan menghembuskan nafas terakhir akibat masalah jantung pada Isnin lalu.




@nur_umairah2020 Sedih tgk..klu itu abah kita d tuduh mcm tu pdhl pcik ni solat x tinggal. Arwah abah pn mcm ni jg sakit jantung 😭 #mubarakkhan #fitnah ♬ Ya Allaho Ya Rahman - Muhammad Qari Ejaz Ul Haq


Mulanya tak cadang nak ambil tindakan…Tapi bila baca komen, kami rasa perlu bertindak 


Belum tahu pokok pangkal lagi, video pendek itu tular sekali gus membuatkan segelintir netizen turut memberikan kecaman tanpa usul periksa. Akibat terkilan dengan fitnah buruk yang dilemparkan oleh manusia tak bertanggungjawab, Mohd Azmi iaitu adik kepada Allahyarham memandang serius hal terbabit dan bercadang membuat laporan kepada pihak polis.






Perakam video bagi banyak alasan untuk tidak menunjukkannya kepada kami 


Rupanya saat berada di pusat rawatan di mana abangnya dibawa, mereka telah mengetahui tentang penularan video fitnah ini. Namun entah mengapa, si perakam pula seakan-akan berdolak-dalik apabila pihak keluarga minta menunjukkan footage tersebut sebelum mendapat info lanjut daripada kawan sekerja Sukri. Mungkin jika tiada fitnah seburuk itu, mereka yakin si abang mempunyai peluang untuk diselamatkan.





Comments

Popular Article

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru

Selepas Mencarut Dekat Clkgu Dan Buang Buku, Ada Lagi Satu Rakaman Budak Baru Habls SPM Buat

Apabila tamatnya sesi persekolahan, setiap murid ada cara tersendiri dalam meraikan kebebasan itu. Pada hari terakhir atau biasanya disebut last paper, murid-murid pastinya akan merakam foto kenangan bersama rakan mereka. Malah, ada yang turut menconteng un.iform sekolah mereka dengan pelbagai lukisan, tandatangan dan kata-kata. Dalam minggu ini, kita melihat perangai pelajar selepas SPM yang boleh dikatakan biadap menjadi perbualan masyarakat Internet. Ada pelajar yang menconteng bajunya dengan kata-kata kesat dan ada yang membuang buku di sungai. Saya tak akan bercakap tentang akhlak dan ilmu kerana akhlak sudah ditekankan serta diulas mereka yang lebih layak. Kali ini saya akan membincangkan tentang perbuatan menconteng baju seragam sekolah selepas tamat belajar. Di sekolah saya sendiri ramai yang buat budaya ini. Saya sendiri tidaklah, nanti ibu dan ayah marah sebab buat perkara tak berfaedah. Perbuatan menconteng itu sendiri salah sebenarnya dan itu merupakan antara titik permulaa