Apabila berbicara soal penyatuan jodoh, sesungguhnya Allah mempunyai perancangan paling sempurna yang kadangkala langsung tidak dijangka. Boleh jadi kita bertemu dengan teman hidup yang rupa-rupanya hanya orang terdekat sahaja. Namun bagi pasangan di bawah, nampaknya mereka mempunyai takdir hidup yang cukup unik sekali.
Waktu lahir si lelaki, jam 7:54 malam…Waktu lahir si perempuan, jam 8:27 malam
Melalui video TikTok yang dikongsikan oleh saudari asmeimay, dia langsung tidak menyangka bahawa Encik Tunang mempunyai tarikh lahir sama dengan jarak kelahiran cuma berselang sekitar 32 minit sahaja. Lelaki itu dilahirkan pada jam 7:54 malam manakala gadis berkenaan pula keluar daripada perut ibu tepat jam 8:27 malam.
Persamaan aku & tunang…Ibarat jodoh daripada lahir
Lebih mengujakan lagi kerana kerana tempat kelahiran mereka juga sama iaitu di sebuah pusat perubatan yang bertempat di Kuala Lumpur. Situasi itu tak ubah seperti frasa “jodoh daripada lahir”. Sejak dimuat naik ke laman TikTok, rakaman pendek itu berjaya meraih sekitar setengah juta tontonan.
@asmeimay2 Tak sangka tempat lahir pun hospital yg sama 😅 beza waktu lahir pun tak jauh 🤭#fyp #tiktokmalaysia ♬ Wali Yank by Iyuz misterius - Iyuz misterius
Mesti mak korang sama-sama dalam labour room…Lahir-lahir dah duduk sekali dengan jodoh
Meskipun nampak simple, namun kisah itu cukup membuatkan netizen senang hati malah berseloroh ibu mereka ada bersebelahan ketika berada di labour room suatu ketika dahulu.
Comments
Post a Comment