Sebelum ini, tak dinafikan pelbagai spekulasi dilemparkan kepada usahawan Sha Hassan susulan hasratnya mahu menghadiahkan sebuah kereta pacuan 4 roda kepada ‘Abang Viva’. Siapa sangka, persoalan itu akhirnya telah pun terjawab apabila pihaknya sendiri sanggup turun ke Alor Gajah, Melaka sambil membawa ‘hadiah istimewa’ tersebut
Ikutkan 2-3 bulan kena que…tapi rezeki Abang Viva berjaya juga keluarkan dalam masa terdekat
Menerusi hantaran di Instagramnya Sha Hassan bukan saja memuat naik foto sambil memegang replika kunci, malah turut berkongsi klip video dirinya sedang menandatangani dokumen jual beli kereta pacuan 4 roda berkenaan. Meskipun ikut tempoh jangkaan asal 2 atau 3 bulan lagi, tetapi dia sangat bersyukur ia dapat diperolehi lebih awal ‘asbab’ rezeki Abang Viva.
Mak & ayah Abang Viva menangis…ucap syukur tak terhingga terima kejutan kereta 4×4
Menerusi sesi live petang semalam, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar berkongsi detik penyerahkan kunci kereta. Sha Hassan malah meminta ibu dan ayah sukarelawan tersebut untuk tutup mata terlebih dahulu, sebelum menerima kejutan sebuah model Mitsubishi Triton buat keluarga mereka. Sambil mengalirkan air mata, kedua-dua warga emas itu mengucapkan rasa syukur tak terhingga atas sumbangan penuh makna tersebut.
@iman91094 Kerta abang viva kita dh smpai…tahniah@abangvivaofficial ♬ bunyi asal - Q U E E N🦋F
Paling sebak mak Abang Viva kata tak dapat nak balas budi Sha…ayahnya pula doakan Sha supaya cepat sembuh
Sekembalinya dari Melaka, Sha Hassan akui sebak saat didakap mak Abang Viva sambil menyatakan tidak mampu untuk balas budi baiknya. Sementara itu, ayahnya pula terus mendoakan masalah tulang bengkok dialami usahawan wanita tersebut agar lekas pulih sebaik diceritakan oleh suami Sha sendiri
Comments
Post a Comment