Sebaik sahaja memasuki alam berumah tangga, semua pasangan pasti mengimpikan sebuah kehidupan yang bahagia. Dikurniakan seorang ibu mentua yang amat penyayang juga menjadi angan-angan setiap orang terutamanya para isteri, sama seperti wanita di bawah ini.
Alhamdulillah dikurniakan ibu mentua yang sangat baik…Malu rasanya bila dapat surprise daripada Mama
Sebuah video dimuat naik oleh AzirahFirdaus mendapat perhatian pengguna TikTok selepas berkongsikan rakaman mendapat seutas gelang emas daripada ibu mentuanya. Menerusi kapsyen tersebut, dia akui berasa agak malu ketika itu untuk menerima pemberian wanita itu.
Mak mentua terima seikhlasnya walaupun anak menantu hanya suri rumah…Takut nak pakai emas
Dalam masa sama, pemilik video berkenaan turut memanjatkan rasa syukur kerana dikurniakan mentua sebaik wanita bertudung hijau itu yang menerimanya seikhlas hati walaupun hanya suri rumah. Oleh yang demikian, hadiah itu hanya akan digunakan untuk ke majlis tertentu sahaja.
@fathulfarehahsarahana Alhamdulillah dikurniakan ibu mertua yg sgt baik pada ank menantunya…Malu rasanya bila dpt surprise dr mama… #menantudanmertua #menantutunggaleditions ♬ suara asli - rafaaldiansyah
Rezeki awak dipertemukan mentua yang baik…Saya pun pernah dapat gelang emas dari ibu mentua
Sejak dimuat naik semalam, video berdurasi 15 saat itu telah meraih hampir 12 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira melihat pemilik video ini dilayan dengan baik oleh ibu mentuanya. Dalam masa sama, ramai juga sempat berkongsikan sikap penyayang mak mentua masing-masing.
Comments
Post a Comment